Friday, February 24, 2012

Kali Pertama : Rumah Nur Hikmah, Kajang.

Assalammualaikum.


Hye kawan kawan. Alangkah indahnya arini dapat menaip blogger.com nie sambil otak dok pikir nak update apa. *ertinya ada masa nak melaghaa laghaa lah kan.

Bukanlah nak kembangkan hidung berlagak dan berkata bznyaaa i nie. Tapi itulah fakta! sebuk sangat nak uruskan anak anak dan cucu cucu yg menimbun. Ini pun curik masa taip laju laju sampai haus jari i. *tipu.

Baiklah, i tanak buang masa korang dengan mukadimah yg byk mencarut. Entry kali nie i nak kongsi dengan korang satu program yang i baru jer join minggu lepas di bawah kelolaan kampus i. Program ni lebih kurang mcm kerja amal laaa. Melawat Rumah Anak Anak Yatim Nur Hikmah di Kajang, Selangor. Sape yg tawu bole angkat tangan. ^__^

Mula mula rasa teruja macam nak hentak hentak kepala kat dinding sebab tak pernah lagi i join program amal mcm nie kan. Selalu tengok dalam tv jer pum. Contoh mcm Bersamamu Tv3 tuh, teringin laa jugakk dlm hati nak join. Merasaa laa jugak kan di usia ratusan tahun cam nie.

Berbalik pd acara tuh, i bertolak awal awal pagi lagi dalam pukul 7.30. Walaupun i di antara orang yang lambat turun kat bawah lobi asrama tue tapi semestinya diorang takkan tinggalkan i keranaaa PENGOREK LONGKANG ada kat i. haaaaaaa. HAHA. Sebenarnya kami kesana nak gotong royong bersihkan sekali rumah anak anak yatim tuh sambil menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan dari warga kampus.

Bila dah sampai disana banyak anak anak kecil yang datang sambil peluk peluk akak akak dan abang abang yang kacak dan cantik semua nie. :P Seronok benar rasanya mereka bila ada yang datang pagi pagi dengan membawa cekelat dan cekedis utk mereka. Terasa bersyukurnya kita sebab masih lagi dibawah jagaan ibu dan ayah. T__T

Selepas selesai bekpes, gotong royong bermula bersama dengan anak anak yatim Nur Hikmah. Kalau korang nak tawu diorang nie mmg rajin rajin belaka. Anak kecil perempuan yang baru je umur 4 taun dah pandai nk pegang penyapu tau. Kalau kita time tuh, lap hingus pun mak yang buattt.

Memang hebat tau anak anak kecil nie semua tau. Ehhh dari i banyak bercakap baik i tempek gambar jer kan kasi tunjuk bukti kat korang.





*dimulakan dgn gambar anak anak nur hikmah yg cecomel.



*makanan diedarkan kpd anak anak.



*antara aktiviti gotong royong kami.


*yg pegang penyapu tuh eksyen aje. haha.



*rajin sungguh akak limah kita. :)




*anak anak Nur Hikmah yang bakal jadi doktor, cikgu, peguam. insyaallah.



*suka bergambar anak anak mak nie semuaa tau. haha. :P



*Cekedis cekedis sape nakkkk??? kalau tak akak amikkk. :P




*menari nari dan bergolek golek bersama anak anak Nur Hikmah.



*antara sumbangan dari warga kampus.



*Penghargaan diberi kepada penjaga rumah Nur Hikmah.



*Sumbangan peralatan rumah.



*warga kampus yang bertungkus lumus menjayakan program.



Jadinya amek iktibar ini sama sama, bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila kita rasa kita susa dan tak berdaya ada lagi insan lain yang lebih susa dan tak berdaya dari kita. Dongak ke langit kiri dan kanan dan lihatlah bumi Allah yang luas ini, bersyukurlah bersyukurlah dan bersyukurlah.






Terima kasih Rumah Anak Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang sbb bagi kami semua dapat rasa kegembiraan dan keceriaan bersama sama. Sayangggg korangg. muahh. ^_^


Wassalam. 

Tuesday, January 17, 2012

Dah mula masuk belajar. ^_^

Assalammualaikum.


Entry kali ini taknak membebel sangat lah kan sebab ini jer masa yang dapat dicuri untuk hupdate blog yang ntah macam mana gaya dah.


Seminggu yang lalu atau bahasa sng faham minggu lepas, i dah mula masuk belajar di satu institusi pengajian tinggi nie dengan sorang kawan. Mula mula pergi mendaftar tuh kemain blurr dan skema gilerrr dengan kasut yang dah dikiwi bagai. *tanak kalah.


Dengan berbekalkan hasrat dan impian di hati kaki terus melangkah ke bangunan yang tersergam indah itu. Walaupun emak dengan abah tak dapat hantar sebab ada urusan tapi hati tetap semangat dan terus semangat.


Tapi.................... bila masuk jer bangunan tuh nak daftar melihatkan ramainya insan insan lain rasa serammm pulakk. Kalau si lelaki semuanya fesyen jenis ala ala kpop. Pempuan pulak masing masing belilit lilit tak ubah  macam Najwa Latif. Tengok diri sendiri, alahai macam cik salmah dari kampung dengan beg pasar emak jer kan. :P Boleh ker i nak bergaul hebat dengan semua orang?? ummm


Okey tanak pikir pasal itu, terus daftarkan diri saja kemudian klik klik amik gambar id. muka pun herot herot bagai. Lepastuh semua bergerak ke asrama yang boleh tahan jauh gak dari kampus. Jauhnya ibarat macam sempat masak nasi lemak lahh. bole bayangkan kan?


Lepas dah daftar di asrama, abang long ngn akak ipar i cium cium pipi nak balik dah. Sedihhhnyerrr.. masa tuh tetiba nyanyi lagu Pramlee 'jangan tinggal daku, oh kasihhh..ohh juwitaaa'. *dalam hati. Tapi impian yang tergendala kena diteruskan walaupun terpaksa bawak diri sorang sorang kan. belajar berdikari nabila oitt.


Kemudian esok hari bermula pulak minggu orientasi yang diuruskan oleh senior senior kat situ. Macam macam yang i belajar masa tuh. Kira berjaya dan tercapailah jugak objektif diorang kan. Walaupun banyak kali nama dipanggil dan terpilih nak kena pergi ke depan sbg sukarelawan tapi hati tetap kpop. *tetiba.


Dah abis orientasi, minggu nie mulalahh kelas yang pertama, kedua dan seterus terusnya. Banyak gak lahh kelas yang i boleh drop. Maksud i transfer kredit. Alhamdulillah. kurang sikit tahun belajarnya kan. Tadela sampai kawan kawan lain dah mula nyusukan anak, i pulak terkial kial nak baca buku untuk exam kan. haha.


Harap harap sangat boleh belajar dengan baik dan habiskan pengajian juga dengan baik. Semoga dilindungi Allah senantiasa. Kawan kawan jangn lupa doakan i yer. mana tau kalau kalau belajar tempat yang sama, tegur tegur laaa i ouh. Kawan kawan yang baru juga, harap harap kita bole terus bermesra mesra yer. hehe.


Okeylah, nak siap siap pergi kelas. Nama pun naik bas, karang tertinggal sampai nak kutip hingus i menangis laju laju nanti. hehe. Nanti ada masa i sambung lagi oke. Bubye. Sebelum tuh nak bagi sebijik gambar.






tudung herot jangan ambil kira. 


Wassalam.


p/s  i da dapat anak buah lagi sorang. yuhuuuuu.

Sunday, January 1, 2012

Harap harap semuanya akan okey. ^_^

Assalammualaikum.


Okelah. Selamat tahun 2012 semua readers dan malaysia. cadangnya nak buat seringkas ringkas entry jer. dasar anak perak pemalas kan. i jew lahh. yg lain ghajennn. huhu.

Kalau tadew aral utan melintang. Ujung minggu nie i dah nak daftar masuk belajar tempat baru. kawan baru. pensyarah baru. bilik air baru. katil baru. *pakwe baru. haha. :P

Jadinya nak pohon kerestuan kalian. Doakan yang terbaik untuk adek yer semua abang abang dan akak akak. Dekat mana dan amik apa itu semua tengok kerajinan i. lain kali i cerita. *janji.

Harap harap dapat berjaya dan capai apa yang nak dicapai. Taknaklah main main macam diploma dulu dulu. Menggedik gedik ponteng kelas bagai kan. haha. *tipu.

Barang barang memang apa pun tak kemas lagi. Tanak lahh nampak cam eksaited sangat kan. Azam baru 2012 nie nak jadi lebih cool dan tenang sikit. huahahaha.

Okelahhh. doakan titeww auww semua. heee. selamat tahun baru 2012. kasi mercun sikittt.  ^_^






p/s bermula perjuangan baru. insyaallah.

Thursday, December 15, 2011

Memori daun pisang. :P

Assalammualaikum.


Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan dua belas tahun dua ribu sebelas pun kan. Saja nak bubuhlah entry utk disember. Kesian sgt aihhh blog nie kan. HAHA.

Baik lorhhh. sekarang i ada kat rumah kakak di Kelumpor. Macam biasa lahh. Dok melepak lepak sambil henjut henjut kaki meratah ratah hari sebelum nak masuk belajar kat ehem ehem. nanti ada masa i cerita yer pasal hal nak nyambung blaja nie. ^_^

Masa ada kat kelumpor nie. Hegeh hegeh laa hari hari dok masak macam macam jenis lauk. Nak rasakan aura kampung tuh punya pasal kan walaupun suasana dan bahan bahan yg berbeza.

Contohnya mcm sambal petai udang kan. Kalau kat kampung, kemain fresh. Baru jer abang pemancing tangkap. Terus ketuk ketuk humban dalam kuali buat sambal. perghhhhhhh. shesheshedappp. Tapi berbeza di Kelumpor. Udang yg belasan tahun dah ditangkap, kemudian kita hegeh pergi pasaraya beli then buat msk sambal. Berbeza sungguh rasanya i cakap sama u olsss.

Oke, kembali ke isi penting. Semalam teringin pulak tekak nak makan Ikan Cecaru Bakar cicah air asam kan. Mak suruh pergi pasaraya beli daun pisang lah kan nak bakar ikan cecaru tuh.

Pastu tetiba i bagi idea yg mmg akan dpt luku dari mak lah kan. cam gini ideanya. 'hek eleh mak, amik jerlah daun pisang kat pokok pisang yg berlambak hala kat luar tuh'. mak nampak pelik. jawap laju laju. 'celah pokok mana, ko lupa kat mana nie, dah lah rumah tinggi tak nampak pokok, lagi nak cari pokok pisang'.

Cettt. Baru teringat. lagi berada di tanah besar Kelumpor. Okeyyyy. dah paham. kat sini tahik hidung pun kena beli. hahaha. kan kan. semua benda kena beli. rasa beruntongnya duduk di kampung seyes. -.-

Lalu hati gundah gulana. bawak diri pergi pasaraya nak beli daun pisang. malunya kat org kampung kalau diorang tahu kan. pergi beli jugaklah. teringat pokok pisang yang berlambak kat kampung tuh kan. kalau i buat meniaga kat keyel pun mau jadi usahawan berjaya. haha. *berangan.

Sampai sampai jer pasaraya tersebut. terus pergi dekat bahagian sayur mayur. cari cari benda yang untuk pertama kalinya i beli di pasaraya. Dan dibawah ini adalah hasilnya. wujud jugak benda alah ini kan. 






Walaupun harganya taklah beratus ratus. Tapi cam pelik jer kuarkan duit singgit nak beli daun pisang kan. haha. Pertama kali beli pulakk nie. Orang keyel. Orang keyel. haha. Tapi itulah lumrah perbezaan duduk dibandar dan dikampung anak anakku. haha. 

Itu sajalah cerita nak kongsi dengan korang. Memang nampak cam Peghakk sangat kan entry kali ini tapi saja nak kongsi dengan kauorang yg mungkin senasib dgn rasa batak i nie kan. haha. Baiklah tutup celita. Papai semuaaa.

Wassalam.

p/s : teringat pulak lagu memori daun pisang kan. haha. :P

Wednesday, November 16, 2011

Cinta pertama. ^_^

Assalammualaikum.


Huahauahauahahuhauaha. mula mula menaip bantai nak gelakk gedik gedik. Sebab musabab tak paham kenapa kan. Mungkin faktor usia Nabila Ariff agknya. dah nak masuk 22 kot tahun depan. *lagi sebulan. omakk. -.-

Dok pulun pikiorrr nie tade jumpa calon nak buat laki lagi. hahaha. :P Gila gedikk kan. Hingus pum masihh berlumutt da ada impian nak pinang anak teruna org. hua hua huaaa. *sambil lap hingusss hijau. yekkk.

Sebenarnyaa nyah nyah semuaa. I nak kongsi dengan korang sikit pasal cinta remaja i. Huahuahaha. Kalau nak ikotkan hati rasa nak torehh hati tunjuk sape cinta pertama kan. *beriaaa.

Bila cakap pasal cinta pertama semua org ada pengalaman  masing masing kan. Ada yang masa umor baru nak 'tatih tatih', dah terjumpaaa cinta pertama kan. *gopoh anak kau. Ada pulak yang masa masih mandi ngn mak dalam lingkungan 10 taun dahh ketemu pershhh lepp nye an.

Terpulang kpd cerita masing masing. Selagi terdaya katanya kan. Bercintalah komer. haha. Tapi untuk pengalaman i sendiri masa umor 19 taun. wahh. malu kot nak cerita nie. Sambil tutup tutup mata menaip nie. *maluuuu. huahauahaua.

Tumbesaran yang terbantut menyebabkan Nabila Ariff niee tak reti nak bercinta cinta masa zaman sekolah. Tahu angkat buku tebal tebal, kendong beg besar alam, berbekalkan speck setebal kabus, pegi balik sekolah. itulahh kegiatan hari hari. -.-


Bila ada orang nak mencarot mengorat, pulunnn lari nyorok belakang pintu kelas. Sambil jerit jerit 'tanak tanak, kitaa tak sukaaa tak sukaaa'. haha. *menambah nambah cerita. Itulahh ceritanyaa kan.

Jadinya bila dah mula mula bercinta dengan pershhhh love masa di kampus tempat sambung belajar tuntutan ilmu dedulu. Baru lahh pandai nak melantak guna garfu dan sudu, baru nak belajar dengar lagu Bola Bola Api Achik dan Nana dan baru tawu nak pergi kelas gosok gigi. huahauahau.:P

Lepas tuh siap pergi kelas nak pakai perfume minyak tanah yang ditanam berkurun kurun bagi mengekalkan baunya tuh supaya tahan lama kan. *tipu. Muka pum takott sangat berjerawat bagai. Siap bagi amaran nak letak garam lagi kalau ko tanak hilang jerawat oitt kan kan. hehe.

Dekat tangan pun tak lekang lekang pegang handphone *cap ayam jer time tuh. Bila tadew bateri kelam kabut risau cam mana dia nak contact nie. heuehue. Tak perpikir pulak mak nak kol bebel pagi pagi tak dapat kan.

Pendek kata disebabkan dah tawu bercintan cintan, baru laa jadi manusia yang lebih beradap dan bercampur dengan masyarakat sekeliling. Jadi tak salah kan nak bercinta kalau ada baiknya cuma jangan melampaui batasan ugamalah nyahh. -.-



Kadang kadang cinta pertama bole dijadikan pengajaran atau pengalaman yang manis untuk cinta seterus terusnya kan. Tamaulahhh jadikan cinta pertama musuh atau dendam kesumat pulakk ouh. Dari cinta pertamalah i belajar macam macam tau. *muka siyes.

Makanya yang mana baik boleh dijadikan tauladan dan tak baik bole tolak tepi kasi kat miyau miyau ker kan kan. Tapewwlahh sebab miyau miyau tade dosa dan pahala. heueheuehe.

Bagi cinta pertama i, mengenali anda buat i mengenali siapa diri i nie kan.  Makanya terima kasihh ya. ^_^. Bagi cinta i seterusnya tamau jeleshh baca entry nie ya, sekadar nak kongsi kongsi. *ayat playgirl. heueheuheue. :P

Okeylahh nakk pegi cicah roti canai dengan kari ayam mak. Ayuhhh semuaa. hehe. Selamat petang. Papai.

Wassalam.


p/s  Sesekali berjiwangggg jadi jangan nk nganga baca. hueheueheu. :P

Wednesday, October 12, 2011

Salah ker kalau kita suka memaapkan.

Assalammualaikum.


Hai kawan kawan. I tataulah knp setiap kali terasa nak update ada jer hasutan malas. Tapi terasa kepala dah sarat dengan pelbagai soalan dan tafsiran yang nak dicurah curahkan.

Seorang knk knk kecil yang merajuk dgn ibunya apabila dimarahi bila menganggu ibunya membuat sedikit kerja pejabat lalu terpujuk dan tersenyum kembali bila si  ibu membelinya sebiji burger ayam.

Bagaimana pula dgn seorg insan dewasa yang bila telah dilukai atau terguris hatinya akibat seseorang? Apakah akan juga mudah memaapkan? dan salah ker jika ingin mnjadi sepolos knk knk itu memapkan saja tanpa memikirkan luka dihati.

Yer memang tak salah untuk saling memaapkan sesame insan. Malahan ada ganjaran dan pahala yang dah disediakan. Cuma sising lengan baju nak kutip ajer kan. 

Akan tetapi, bagaimana dengan luka di hati. Apakah akan turut sembuh dengan hanya kata "baiklah saya maapkan kamu"? oh no. mustahil hati boleh bersatu dengan mulut. Susah sangat melainkan hati tulus ikhlas.

Namun nak cari keikhlasan itu lebih susa dari kumpul duet nak pegi London.

Pasti akan tetap ada luka dan kudis kan. Dan org akan cakap cam nie 'alaa maimon kemain senang ko nak maapkan Latif Forgiven tuh kan lps apa yg dia da buat'. Tapi yelah kan sampai bila nak dengar cakap org yg kemain sdp mulut makan lepat brcakap.

Tapi kdg kdg ada sahihnya. Mungkin org bercakap kerana mereka melihat kesedihan dan kedukaan kita. Namun semudah makan kuaci kita nak memaapkan. Sape tak marahhh. Apakah wajarrr??

MasyaAllah, knp kita tak kembali sahaja kepada hukum Allah. Memaapkan itu adalah satu perbuatan yang amat mulia lagi terpuji. Mungkin hari ini hari dia berbuat salah, siapa tahu esok lusa kita pula bersalah.

"Ya Allah, Engkau Ikhlaskanlah hati ini dalam memaapkan sedara dan sedariku dan sembuhkan kelukaan yang turut tersembunyi di sebalik hati." (amin amin).

Moga hati akan terus polos dan tulus memaapkan sesama insan. Macam kanak kanak kecil yang comel lagi tulus hatinya tatau apa apa.





Okelahh semua. Entry yang banyak persoalan sajer kan. Tapi moga ada input yang dapat kita kongsi bersama yer. Papai.

Wassalam.

p/s  Bila keliru istikharah jadi pilihan.

Sunday, September 18, 2011

Zaman zaman Asrama dulu. -.-

Assalammualaikum.


Selamat hari rayer yang ke sembilan belasss. ^_^. Dalam beberapa hari nie i ada menerima sedikit berita yang sedih berkaitan dengan masa hadapan. :( Tapelah ada rezeki adalahhh kan.

Apa yang i nak share ngan korang semua pasal pengalaman dulu dulu masa mula mula masuk asrama. Ya Allah kalau pikir pikir balik kan memang rasa malu tahap nak pakai purdahh.



Beria ia ajer cakap kat mak ngn abah. "Tapew mak org bole berdikari lahhh". Padahal masa dok lam kete lagi dahhh melelehhhhh. Sedihh giler punya gilerr kann.

Untuk pengetahuan komer, tadewlahh jauh sangat pun. Setakat 2jam jer punn kann. Otot otot pum tak sempat nak kebas kebas. Cuma manusianya jer yg sedih beria ia sampai berhingusann.

Pastu bila mak ngn abah dah menyalam nak balik makin kuatt bercucuran. mencurahh curahh. Masa tuh mohon masa diputarkan. nak jadi balik umor 3 taun. mak dukung lagi kan kan.



Sampai kat dlm bilik asrama ataupun kat tmpat i dulu dipanggil Kamsis. Intai intai lahhh roommate kan. Budak penang, kemain loghat bahasanya. Tapi nampak mcm ramah. dak dak speckk jugak. 0_0

Mula mula tak berani nak tegur takot nanti kena simbah ngan air. manalah tau gangster ker kan. Rupa rupanya sangat baekk dan friendly gitu. Lepas tuh pergi mana mana pun asek dengan dia jer lahhh. hihi.

Tapi perkara yang memang malu nak kongsi adalah setiap malam dalam selimut tepon mak sambil bercucuran dan terus bercucuran. Tak paham dengan diri sendiri. haha. Kelakar pum ada. Mak sampai off handphone.

Masa tu terasa diri diabaikan. Sampai hati mak uat cam gini kan. Rupa rupanya ada sebab semuaa tuh. Nak anaknya lebih berdikari dan pikir masa depan sikit.  Mak mana yang tak sayang anak kan kan. 

Lama lama bila diri dah mula nakal dan berpoya poya dengan suasana baru. Mula dah kurangkan aktiviti asyik nak telepon emak. Dari enam puloh enam kali asek menelepon dah tuka jadi lima belas kali. 

Mak pun dah rasa lapangg sikit nak buat keja umah katanya. Kalau tak asek nak pikirkan nasib anak dicampak belajar di luar daerah. Dengar tu yer semuaa bukan luar negeri atau negara tapi daerah jer. Terokk kan pangai nabila ariff.

Kawan kawan kat kelas pun dari hari ke sehari makin bertambah sehinggalahh berjumpa dengan teman teman yang memang sekepala dan giler giler. 




Jadi sekarang nie, i dah habis pun belajar di sinun. Duduk asrama pun satu sem ajer. I memang setiap minggu balik. *mengaku. Tapi yelaaa setakat 2 jam jer. Anak derhakalahh jadinyer kann lau tak ajin balik. hihi.

Apa yang i nak kongsi nie cuma tentang perasaan wajib yang akan ada pada sesiapa pum bila terpisah dari keluarga utk blaja. mula mulalahh. Tapi bila dahh jumpa kawan, jumpa cinta.. ummmm lupaa dah sedih bagai. *believe me.

Makanya yer, kepada adek adek dan abang abang yg baru nak jejak langkah ke asrama atau hostel tue nangislahhh puas puas kat emak skrg. Lama lama besokk korang akan gelakk kan diri sendiri. hihi.

Baiklah sudah mau tutup cerita. Masehh rasa sedih dengan keputusan utk sambung belajar nie. Doakan nabila ariff yer semua dapat peluangg nak sambung belajar. papai. -.-


Wassalam.

p/s  entry utk sorang teman. belajar elok elok yer awk. ^_^