Wednesday, May 25, 2011

Honeymoon Dream. :)

Assalamualaikum..
          


Hai semua para para pembacaku yang dah cantik habis dan kacak terlebih tue. Korang semua dah makan ker?? Saja tanya.. yer la.. sebab bosan plak kan asek tanya 'apa khabar' jer kan.. hehe..:P  Pada akak akak dan abang abang yang baru bersanding tuh, dah  ada perancangan ker nak berbulan madu kat mana atau masih lagi tengah main tarik tarik rambut yer la sebab yang sowank nie nak ker Phuket yang sowang lagi nie pulak nak ker Zoo Negara. hehe.. mana la nak tawu kata impian.. :) Okey la, entry kali ni i nak share ataupum cakap melayunyer nak berkongsi dengan korang semua pasal Honeymoon Dream nie.. :)


Baiklah, orang kata kalau kita nie baru berkahwin tak sah dan tak tenteram hidup kau nyah kalau tak pergi berbulan madu.. Tambah tambah sekarang nie kan dah ada macam macam jenis pakej berbulan madu yang telah ditawarkan dari pelbagai jenis agensi dari pakej A sampai pakej Z ada tau.. Kalau dah tak cukup alphabet amik aksara pulak.. haha.. :P Korang pilih jer mana satu yang korang nak.. Jangan nak gadoh gadoh dan buat muka masam yer.. semuanya ada dan setia menemani anda. Amboi promote lagi cik nab yer.. hehe.. :) Kat bawah nie ada sedikit bantuan yang korang boleh usha.. :)


1. http://www.jomlahcuti.com/pakej/bulan-madu/

2. http://www.balipakej.com.my/pakej_honeymoon/4days.html

3. http://my.88db.com/Travel/Travel-Package/ad-183545/



Bercakap pasal Honeymoon Dream nie kan. Lain orang lain impiannya tau.. Kalau ditanya dan dibuat soal selidik pum  memang macam macam jawapan yang kita akan dengar.. Ada yang suka berbulan madu sampai ke luar negara dan ada pulak yang suka dalam dalam negara jer.. Bergantung kepada kehendak dan kemampuan masing masing. Kalau ditanya pada i lah kan,  ummm i prefer nak mendaki gunung.. Lau dapat Gunung Kinabalu pum layan...haha.. Memang nampak cam tak romantik dan entah apa apa "macam respond kawan kawan i".. Lepas ajer i cerita impian bulan madu i nie terus diorang geleng dan kata yang i nie suka ngarot ngarot. Haha.. Bukan  apa korang nama pum impian kan mana boleh geleng kepala.. haaa... :P hehehehe... kalau u sayang i jom kita mendaki sesame sampai ke puncak itu.. hahaha.. contoh lah kan.. (kuat berangan nabila ariff)..=p







~Gunung Kinabalu... tunggu yer gunung...haha~




Itu kalau ditanya pada i.. Tapi kalau komer mesti ada impian yang berbeza dan lagi menarik kan.. Kalau mana yang sama impian ngan i tuh cer give me 5.. cer cuba.. hehe..:)  I kan pernah lah tanya kat mak i tau.. "Mak mak dulu kan lepas kawen ngan abah  mak pergi bulan madu kat mana mak.."  Pastu mak jawap.. "atenyer giler nak bulan madu bagai ..ummm tadew nak bulan madu pum nab.. mak bulan madu kat rumah jer.." amboi mak.. lain macam tuh.. hehe.. :P Tapi macam tuh la kalau kita nak tawu, orang dulu dulu nie sempoi dan terlebih romantik.. yer la bulan madu pum kat rumah jer tau.. hehe..:P Tapi yer la mak.. zaman sekarang kan dah makin maju.. orang dah tak mesej kat phone guna jari dah tau.. tapi orang guna sensor jer tau macam iphone yang canggih bagai tuh..haa.. :) jadi lokasi bulan madu pum mesti nak canggih gak.. jom kita scroll tempat tempat yang agak besh dan popular untuk berbulan madu.. :)






~Venice Italy~




~Paris~




~Phuket Thailand~





~Pulau Perhentian, Terengganu~




Tanaklah bubuh banyak banyak.. Nanti ada yang kata nabila ariff nie nak buat iklan ker nak berbelog.. haha.. :P Jangan terasa yaa.. :P Ampunnn!!..  Baiklah sebenarnya berbulan madu nie memang sangat sangat besh.. Dah nama pum madu kan.. Kalau berbulan cuka yang tak menarik didengar tuh.. Tapi ianya bergantung kepada kehendak dan impian.. Tak semestinya kalau tak berbulan madu tak bahagia.. No no no ya.. cubit telinga masing masing kerana berandaian seperti itu sebab kebanyakan orang dulu dululah yang lebih bahagia tau sehingga ke akhir hayat sedangkan diorang nie tak reti pum nak bulan bulan madu bagai nie.. Tabik hormat kat mak dan abah kita.. haip haip chip..:)




Okey lah.. dah tadew cerita lagi yang i nak mengarut dan kongsi.. Maka i akhiri entry kali ini dengan sebaris pantun.. :) Jumpa lagi...


Pulau Langkawi ada burung helang,
Pulau Perhentian ada pulak penyu,
Berbulan madu hati akan senang,
Tapi jangan sampai terlupa nak senyum.. :)



Friday, May 20, 2011

Bekas dan Bekas..

Assalamualaikum...




Olla semua.. Selamat pagi Jumaat sedara dan sedari sekalian.. :) Hari ni gua nak cerita sikit sama lu orggg.. hahaha.. tak pasal pasal nak cakap ganas kan hari hari jumaat nie. adoi.. yelorhhh.. topik i kali ini agak hangat dan hawtt gitu. hawtt ker?? lalalaala...:P Okey okey.. i nak bermukadimah sikit lah kan sal topik i hari ini.. BEKAS?? jgn nak salah sangka ouhh.. bukan bekas makanan Power Rangers komer yang diheret ker sekolah tuh auw.. ini pasal "BEKAS KEKASIH aka Ex GF/BF".. ini benar benar yaaaa bukan cobaan!!.. hehe..:)






Okey okey.. straight to the ampang point, 'bekas kekasih' atau bahasa Marshanda lak kan 'mantan pacarmu'. hulamak kau bahasa nak marshanda.. tudung marshanda sudah.. haha..  Ok lah.. Sebab apa i hegeh hegeh nak update sal bekas kekasih nie.. Don't usha usha i camtuh ouhh.. Bukannya sebab i tau tau.. Tak baik tuduh tuduh.. Jari telunjuk tuh cer turunkan cer turunkan... takmo la tunjalkan kat i.. I bercerita sal topik nie atas dasar nak kongsi dgn komer jep memandangkan i menengok pengalaman yang dihadapi sendiri oleh kawan kawan i neyh kan..:)

haaa... kamu lah org yang i cakap kan nie sebenarnya yer..:P



Apabila tengah hangat bercinta semuanya manis dan berwarna warni. Bila dah berpisah semuanya jadi tawar dan dah tadew kaler lagi dah macam cerita cerita Allahyarham Abang PRamlee kita tuh.. haha.. amboi nab nak berabang sajer...:p Yelah, bila tengah berkasihan, mata kita dibutakan dan dirabunkan oleh mata hati. Bila dah tadew apa apa hubungan, maksud i dah berpisah.. secara automatik mata yang rabun tuh dah pakai speckk balik.. dah boleh melihat dengan jelas mana satu warna hitam dan mana satu pulak warna putih kan. Maksud yang lagi mendalam dan tepat ialah bila kita tengah sayang, tak sedar pum yang kekasih hati kita tuh jenis yang mata keranjang atau tak jujur tetapi bila dah tadew apa apa haa amik kau kuat makan dan kuat kentot pum dah jadi salah.. haha..:p


amboi ganasnyer timah!! =p


Baiklah, untuk yang bekas bekas kekasih nie kan termasuk lah org yang menaip nie sekali.. hahaha..:P  Bila dah jadi bekas kekasih nie, kita kenalah mengehadkan sikit pergaulan dengan kekasih lama kita tuh kan. Dah nama pum bekas kekasih maknanya dah tadew apa apa lah sal perasaan dan sayang sayang nie. Jadi, mengapa mesti kita nak mengganggu lagi dan menyebabkan ketidakselesaan privasi serta hak asasi manusia. Amik kau, sampai kan pelajaran sivik i bagi ni.. haha.. :P Gangguan dari bekas kekasih nie bagi i amat bahaya gak ouhh.. yelah sebab ada perkataan "GANGGUAN". bahaya lah maknanya kan..  Tambah tambah pulak kita mengganggu bekas kekasih kita yang sudah  pum berpunya  JENG JENG JENG.. :p


"Sudah sudah laa Leman Haluih, ko lupakan jer lah si Senah Tonggek tuh.. Dia kan dah ada si Bidin Sasa.. Barang yang lepas jangan ler nak kenang kenang  lagi nanti ko yang merana..:P" haaa lebih kurang gitu lorhhh ceritanya, bila kita asek nak ganggu orang yang dah berpunya kan lama lama nanti diri sendiri yang merana.. Percayalah saya.. muka dah cukup cute molek nie i buat suh percaya.. Tadew la cuba korang bayangkan, kan dah tadew apa apa kenapa nak carik balik. Kalau dulu engko yang nak kejar kejar minah jepun tuh. sekarang nak carik balik i yang gadesh kampung kampung nie.. buat apa??? (sekadar contoh jer yer).. Nak paksa terima balik?? layak ker?? haaa...cer cerita cer cerita pat..:P


Betollah kata pepatah "Terlajak perahu masih bole diundur Senah.. Terlajak kata jgn berangan boleh main tarik tarik balik..". Bantai ler engko nabila ariff, buat pepatah sendiri. Tapi maksudnyer sama lah jugak kan. Tayah ler nak mesej mesej yang sebegini pada bekas bekas bekas kekasih kita..=> " Awak.. kita kembali semula?? apa kata?? ".. omakk kau.. selamber jer kan tak bersalah cakap macam tuh. Lepas i dah menangis 56 baldi merah engko boleh mesej macam tue ouh.. siap bagi muka ejek cam gini ":P".. (contohnyer lah kan) haiyaa... ini olang memang nak kena tendangan Jackie Chan ouh!! haiyakkkk!!!




kasi sedas tumbukan sikit wahai abg jackie ku..haiyak!!


Memandangkan i dah penat nak cakap lagi.. I nak akhirkan ajer cerita pasal bekas kekasih nie. Okey lah, kalau boleh tak payah la kita nak kejar kejar atau nak ganggu ganggu seseorang yang bukan lagi hak milik kita. Jangan percayalah sangat lagu diana rafar dan linda rafar tuh yang "Hak Milik Kekal" tuh sebab hak milik nie boleh bertukar kepada orang lain anytime jep. Jadi rileks dan cool ajer sudah.. barulah kacak dan cantik. :) Mungkin insan yang disayangi itu lebih bahagia di samping insan lain.. Kadang kadang melihat kebahagiaannya bersama orang lain itu lebih mulia dan terpuji dari terus mengganggu dan merosakkannya..:) ok.. i fullstop kan yer.. selamat beramal..:)




~entry yang tiada kena mengena dengan sesiapa cuma dedikasikan untuk seorang sahabat~



Thursday, May 19, 2011

Cuci Mata :)

Assalamualaikum...



Hai semua.. cam mana dengan mood hari ini?? libang libu ker?? simpang siur ker?? hehehe.. Kalau tanya kat i, hari ini i banyak yang happy dari tak happy.. hehe. Kekadang satu mesej pum boleh menceriakan hati tau..:) ~tetiba lagi~ 



Okey lorhhh.. hari ini i malas sangat nak menaip tapi still nak update  sebab rasa cam tak cukup panjang lagi komer nak kena scroll tiap kali usha blog i kan.. hehe..:P  I hari nie nak ajak komer cuci cuci mata dengan MASAKAN MASAKAN SEDAP yang memang boleh buat kita MENGETAP .. yummmy!!.. Memandangkan sekarang ini i berada kat KAMSIS aka ASRAMA sebab berkursus.. jadi meleleh gak la memikirkan masakan masakan yang tak dapat dirasa..hehe..  jom kiter scroll ramai ramai...bawah lagi... bawah lagi...:P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


~Ketam Masak Lemak Cili Api~






~Daging Masak Kicap~






~Udang Masak Tumis Sambal Petai~






~Ayam Gorang Berempah~






~Asam Pedas Ikan Patin~






~Sate Ayam~





~Daging Masak Rendang Tok~





~Tomyam Ayam~






~Ayam Masak Paprik~






~Ikan Siakap Masak Stim~





~Udang Masak Lemak Cili Api~





~Kerabu Mangga~





~Ayam Masak Kicap Berlada~




~Udang Goreng Tepung~




~Kailan Ikan Masin~




Ayoyooo... sampai sini jer komer. I tanak mendera perut i lagi.. Dah keluar bunyi keroncong Negeri Johor... hahaha..:P Semoga komer terliur dan dapat mencuci cuci mata auw!!... :)



Wednesday, May 18, 2011

Alahai Hati...:(

Assalamualaikum...:)



Selamat siang semua.. maap entry kali ini kita dalam sad mode..:(  ntahhh laaa terasa nak update jadi gagah la klik new post dan taip.. tapi sebenarnya tadew topik pum yang nak i ura urakan..cuma sekadar luahan.. luahan hati dari insan yang kewcik ini..:(  






Hummmm... hai lahhh hati... kalau lah boleh ubah jadi mode gembira kan senang.. tadew la rasa libang libu sangat hati nie.. kenapa yer i jadi libang libu?? Biarlah rahsia auw.. sebab i lagi selesa berahsia soal hati nie.. oke.. tujuan i nak post entry baru nie sekadar nak legakan hati yang dah tak tentu arah dek kerana ketidakpuasan hati terhadap bla bla bla.. Sebenarnya, apa yang ingin i sampaikan adalah berkenaan dengan hati jugakk.. kalau komer semua nak tahu.. rasa hati kita nie sangat kuat mempengaruhi pemikiran dan emosi kita.. 



Kenapa yer i cakap cam nie??  ini adalah berdasarkan fakta yang mengatakan emosi sangat sangat memberi impak yang besar bagi seseorang dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan kehidupan manusia sejagat. Maka hendaklah kita menjaga emosi dengan baik supaya tak tersalah buat sebarang keputusan. Dan apabila berbicara tentang emosi ianya bermula dari hati kita juga. Kalau tak kental dan tak kuat nak mengharungi ombak dan badai janganlah berumah di tepi pantai. Berumah kat darat sudah...!!.. herrggghhh.. Apasal lah Nabila Ariff nie nak menaip sambil beremosi ni kan.. haishhh.. "Kadang kadang tak semua orang boleh paham dan mengerti apa yang kita rasa..kalau semua orang paham dan rasa tak lah leh jadi macam ini kan wahai hati"....~tetiba~



Okey serius!!.. Bercakap soal hati... sampai bila bila kita takkan jumpa kesudahannya.. kerana dalam hati kita ini sebenarnya ada menyimpan berjuta perasaan dan tafsiran serta pendaman.. haha.. ayat baru tuh.. "pendaman perasaan".. :P Orang yang jujur sekalipun takkan nak jujur semuanya soal hati.. sebab kadang kadang ada benda yang kita kena simpan dan pendam.. tapi pernah tak korang terpikir apabila kita dah terlalu pendam dan simpan.. semuanya akan jadi basi dan masam.. macam kuah asam pedas yang mak kita selalu masak tuh... haa.. dah lah masam.. pedas pulak tuh.. siap dengan panas lagi tuh.. bayangkan lahh kalau hati kita jadi macam tuh kan.. ta terbayang nyahh!!...:P




haaaa.... cam nie.. siap upload!!..:P



Oleh itu, i nak menyeru dan berseru supaya kalian semua terutamanya awak luahkanlah apa apa yang tersimpan di dalam hati tuh.. andai kata ianya dah tak tertanggung sangat carilah orang yang rapat dan boleh dipercayai.. kemudian muntahkan!! bluerkkk!!... mesti lega sangat sangat kan?? pastu mesti boleh ceria seperti biasa kan.. tadaaa!!.. hati pum rasa tenang dan bahagia.. humm.. cakap lah sorang sorang Nabila Ariff oittt... Terpulanglah... semuanya di tangan anda!!.. Kalau nak simpan jadi pekasam.. teruskanlah yer.. tapi percayalah sampai bila bila kita takkan jadi matang.. kebudak budakkan lah kita yer.. takpew budak budak kan comel!!...:P


~maap lorhh kalau banyak kata kata yang beremosi~



Sunday, May 15, 2011

TERIMA KASEH CIKGU!! :)

Assalamulaikum...


Olla sumer...sehat ta?? skunk nie kan musim demam, achummm sana achumm sini.. uhuk uhuk sana uhuk uhuk sini...HEHE...mam ubat ouhh pada yg ta sehat..p jgn lupa utk terus membaca KEWCIK PUNYA BLOG.. :)




Ok kita mulakan...prittttttt..bunyi loceng!!...hehe.."Murid murid cepat masuk..haish..hegeh hegeh la komer nie..cikgu dah masuk da nie!!..." hehe..itu kerenahh kita semua masa sekolah an an... jgn kita lupa macam mana kita boleh jadi ENGINEER, DOKTOR, JURURAWAT, SUPERMAN  cam tuh saja kalau tadewnyer CIKGU yang membimbing dan mengajar..:)









Ouh Cikgu... memang besar jasa komer Cikgu.. i dulu masa sekolah mmg nakal habis.. teringat lagi time MATEMATIK di Sekolah Rendah Seri Intan.. Haishh memang sanggup tak datang sekolah sebab tanak belajar matematik lah kan.. I hate matematik a lots ouh.. Don't know why.. :p Pagi pagi lagi dah mencacak tangan kat dahi.. "mak mak org rasa nak dekat dekat demam nie..". ummm mak yang tak berfikir apa apa lantas berkata " haa.. tapew tapew pergi tidur.. mam ubat demam tuh.. tayah PERGI SEKOLAH.. ".. haha.. itu yang i nak dengar tuh. Terima Kaseh Emak.. Sayang emak sampai syurga.. hehe..:) apa lagi tarek selimut sampai dagu, letak tangan kat dahi!! LESAP!!.. HAHA..:p






Hari seterusnya, cikgu Matematik aka Cikgu Rahman panggil i ke depan. "Nabila kenapa kamu tak datang semalam???".. ingat i diam..huh i dari kewcik suka mnjawab ouhh..haha.. "Cikgu semalam saya demam la, suhu panas tinggi, jadi emak suruh tidor jer kat rumah".. Cikgu ta puas hati.. "Kamu tahu tak yang kamu nak UPSR.. semalam cikgu buat kelas tambahan pun kamu tak datang jugak, saya rasa kamu tak berminat nak belajar yer?? baik kamu jujur jer dgn saya Nabila..!!! ".. ishhh dalam hati dah mula rasa nak nangis.. tapi tahan.. masa kewcik ego lagi tinggi Ooooo...haha.. :P i jawap dengan jawapan yang SAVE.. "betoll lah cikgu saya demam, ini mak ada tulis surat.." cikgu amik lalu baca dan terus pandang wajahku yang comel ini.. ahahaha... "Kamu nie dah la PENGAWAS SEKOLAH.. mana boleh sesuka hati nak ponteng.. tapi kalau betol kamu demam..cikgu terima.. tapi balik nie kamu jumpa saya.. oke.. dah pergi duduk..".. huh lega mmg lega tapi maseh tak paham kenapa kena jumpa cikgu lagi nie.. hadooi..:P





Loceng balik berbunyi.. prittt!!!!... i pum hegeh hegeh menuju ke bilik guru mencari cikgu rahman yang ala ala pelakon kacak AMAN GRASEKA tuh.. haha..:P ouhh cikgu tengah cakap dgn Cikgu Maria yang cantik manis itu.. :) jadi i pum duduk diam ajer lah kan cam pepatung yang comel di kerusi berhadapan meja cikgu rahman.. Cikgu nampak, dia menuju ke hadapan i.. Lalu dia mintak buku matematik i. halamak!! macam mana nie.. byk kerja yg dia kasi i ta uat.. ummm tapi mmg da taleh larilah kan. redho ajer bagi sambil mulut berselawat.. time time nie baru ko nak ingat nak berselawat yer nab.. mak suh pergi ngaji pum liat.. haa amik ko nabila ariff!!.. hehe.. :P






Cikgu masam.. "Nabila nabila..saya dah agak yang awak mmg ta suka belajar Matematik nie kan, saya tanya cikgu lain.. kamu bukan tak pandai.. kenapa jadi macam nie..".. halaaa cikgu nie, harap jer hensem.. tapi tak paham hati kewcik ku ini.. i nadah muka lalu menjawab "cikgu, saya bukan tanak belajar, tapi saya ta suka la matematik nie,,, nak ada nombor nombor bagai.. ta suka lah..!! ".. cikgu melopong.. mungkin sebab tadi i uat muka yang muncung muncung tuh.. nampak COMEL lah kot. hahaha.. oke. lepas tuh cikgu jawap " kalau kamu ta suka matematik maknanya kamu juga ta suka cikgu.. jadi cikgu rasa baik cikgu berhenti ajer jadi cikgu kamu.. mungkin kamu akan suka matematik kalau cikgu lain yg ngajor".. ishhh knp cikgu sensitip sgt nie.. bukan mcm tuh la. haa mula la i nak seba salah.. "tak la cikgu.. bukan cam tuh.. p saya tak paham pum semua yg cikgu ajar.. haa jd baik saya tak dtg skolah..".. cikgu senyum kewcik.. "okey.. kamu blaja ngn saya jer mulai dari hari ini.. tapi janji jangan penteng kelas lagi.. takot nanti betol betol ALLAH bagi kamu asek demam jer".. bumm!! setepek dapat.. hahaha.. i pum angguk tanda paham. "Oke tugasan kamu yg pertama.. saya nak kamu siapkan sifir dari 1 sampai 12 dalam masa setengah jam nie.. tapew hari ini cikgu hantar kamu balik rumah".. alaaa..sifir?? huhu.. i pum gagah mengira kasi siap.. 1x2=2..2x2=4..huhu..:P





Bebeapa bulan nuntut ilimu.. i jadi minat dengan MATEMATIK.. sebab asek dapat A. haha.. sangat sangat menghargai jasa cikgu rahman yang kusayangi itu..:) sampaikan UPSR pum dapat MATEMATIK A auw.. hehehe...huhuhuhu... seronok!! cikgu belanja mam nasi ayam auw pastu.. TERIMA KASEH CIKGU!!..:) Dah lama ta jumpa cikgu an an.. tapi i dengar arituh cikgu dah pindah sekolah.. tsk tsk.. :( Cikgu memang baik.. sampai sekarang i jadi oke dengan nombor nombor nie. ta sensitip dahh.. semua atas jasa CIKGU RAHMAN aka AMAN GRASEKA.. :)




~tak pasal pasal nak bubuh sebab tadew gambar cikgu yg betol~




Oke.. i ada lagi satu cerita... tapi ini masa di Sekolah Menengah Seri Perak. haha.. :P masa nie i dah masuk sekolah menengah.. Tingkatan 1 tak silap.. PENDIDIKAN SENI.. huh.. memang tak peveret lah kan nak blaja seni seni nie... tapi oleh kerana dah WAJIB.. ngadap jugak!!.. :P identiti cikgu yang ajar seni ini i rahsia kan yer.. hehe.. i andaikan nama di Cikgu A.. oke.. Cikgu A nie kasi lah latihan  lukis orang yang sedang bermain bola di padang..:P oke i mula blurr... Masa hanya ada sejam saja nie.. nak mintak tolong kawan diorang nie bising.. nanti Cikgu A tau.. dah la garang!!.. :P i pum bantaikan ajer lukis org lidi di tengah tengah kertas lukisan dalam 5 cm.. pastu ada sebiji bola sekecil duit 5 sen dan kaki org itu setinggi 1 cm sedang menuju ke arah bola. Dah siap!!.. hantar!!.. jadi lah..:)





Esoknyer.. cikgu pum nak pulangkan kerja semalam.. Cikgu siap baca markah.. haiyooo!!.. malu la cam nie. mula rasa nak lari ke toilet.. Tetiba nama dipanggil.. "Nabila Binti Mohd Ariff.. sini!!.. Kamu tengok lukisan kamu nie!! tau tak macam apa?? Macam TAHI!! kamu tau tak macam TAHI!!... haaa".. bingit satu kelas gewlak kuat kuat macam pontianak sebabkan lukisan i yang Cikgu A gelarkan macam tahi itu!!.. malu tak terkata.. sangat sangat malu.. nangesh dalam hati.. tsk tsk.. Sampai ati cikgu.. Dah la dapat F.. pastu cakap camtuh.. sedih dan malu.. balik tuh tunjuk kat mak ngadu.. mak cakap camni.. "umm mmg cam TAHI la nab..kecik bebenor mak pum tak nampak.."..huaaaaaaaaa!!...mak pum sokong!!.. haiyooo.. i lukis balik tau sebab tak puas hati.. i lukis BESAR BESAR.. esoknyer tunjuk kat cikgu A balik!!.. Cikgu A senyum.. dan cakap cam nie.. "maknanya ta sia sia lah cikgu marah kamu depan rakan rakan kamu semalam kan??".. ummm... betol gak cakap cikgu tuh kan.. hahaha.. kelakar kot bila pikir balik kan kan... komer baca jer yer jgn nak gelakkan i.. haha..:P





Lepas tuh i pum oke ngn cikgu.. KAMCING kot.. :) Seni i pum dah meningkat markahnya.. hehe.. semuanya kerana cikgu.. TERIMA KASEH CIKGU!!..:) Sayang semua cikgu yang pernah mengajar diriku ini.. Juga kepada opah ngajiku.. mekaseh.. dari ta reti ngaji... teros reti dan fasih.. masyehh sgt sgt.. sayanggg semuanya!!... SELAMAT HARI CIKGU!!.. yeahh da habis entry.. haha.. :)







~ i bercita cita nak jadi seorang CIKGU segigih Cikgu Rahman dan seikhlas Cikgu A~

Wednesday, May 11, 2011

Peminat Misteri aka Secret Admire

Assalamualaikum...


Olla sumer..mucho gerassiass ouhh mana yg ada kunjung kunjung ke blog i yg kewcik ini..hehe..maapkan i lau ada mana mana penulisan yg mengguris atau tersalah kata..harap diampun!!..;)



PEMINAT MISTERI aka SECRET ADMIRE (yer la komer kan skunk dah pandai bhs omputeh).. uisyy mmg agak takoot lah kan bila kita kaitkan apa saja dgn perkataan 'MISTERI'.. tp kejadian sebegini mmg selalu terjadi tetapi dlm keadaan yg bergas..haha..maksud i dlm keadaan yg maya..umm ta paam?? halaa dlm keadaan yg org tatau..sorok sorok..nyorok nyorok..haa..:P i pum ada org yg i minat secara misteri pew tp diam diam laa..jeng jeng jeng..=p 


      
                         
           
                           Contoh contoh  imej peminat misteri..BERTOPI dan GELAP..
                        
                        
                        


Actually, besh ker tak ada peminat misteri nie?? i rasa ta beshh..mmg ta beshh dan ta beshh..hehe.. yelorhh bila da ada peminat misteri nie, segala gerak laku kita diperhatikan org kan.. cam mana nanti nak menyenget, menyandar, mengendeng kan..ta selesa oooo...haha..sian lah yer sapew yg ada peminat misteri tuh kan..teman tadew..lalala...=p Bukan itu saja, kdg kdg peminat misteri ni juga bole meresahkan serta meragut ketenangan org yg diminati itu depends pd individu lah. Sebab ada yg suka dan OK dgn peminat peminat misteri nie..cuma apa yg i tawu lah kbnyakkannya rimas dan tak selesa dgn kedatangan peminat misteri.



Kalau nak diikutkan nak jadi PEMINAT MISTERI tak salah tapi kdg kdg cara diorang nak minat tuh yg salah. Boleh ajer jika nak meminati seseorang secara rahsia tapi janganlah sampai membuatkan org itu jadi tak selesa dan takot. Contohnya lah kan yg i bole ungkapkan disini seperti ikut ikut balik rumah, sengaja pancitkan tayar, bagi surat layang, pandang pandang secara misteri, mesej di hp dgn mesej yg pelik tanpa kenalkan diri dan byk lagi..Gerun kan?? bukan setakat meresahkan diri tapi kdg kdg boleh jadi fobia nak berkawan.. Salah siapa?? lu pikirlah sendiri (bak kata Nabil Raja Lawak). :P



Macam mana kalau PEMINAT MISTERI ini boleh menyebabkan berlakunya jenayah!! tapi memang dah kita baca dan dengar pun kan ianya berlaku.. Yer la bila dah tak dilayan dan tadew respond dari yg diminati, maka perasaan tidak puas hati itu akan bergelodak dan tindakan agresif akan dilaksanakan terhadap bakal mangsa..haiyoo..dari bermulanya mesej 'hai awak..nak berkenalan bole??'..terus jadi kejadian yg dipanggil malang tak berbau..i tak nak sebut lah apa yg akan terjadi..kita sama sama pikirkannya yer..Dan apabila dah berlaku biarlah undang undang saja yang menentukannya...:)








Akhir cerita, i nak nasehatkan sikit akak akak serta abg abg kat luar sana tuh supaya sentiasa berhati hati dengan persekitaran kita..PEMINAT MISTERI mungkin ada di sekeliling anda.. BE AWARE!!..:)
                        





Tuesday, May 10, 2011

Si Gadesh Pemalu..

Assalamualaikum...

Hai..untuk kesah i kali ini pasal si gadesh PEMALU..



Semua org pum tawu yg gadesh nie taleh dipisahkan dengan perkataan PEMALU!!..Bila org tegur mula nak blushingg...grrr...merah pipi kanan merah pipi kiri..COMEL COMEL!!..tapi selalunya makin KUAT!! org nak mengusik gadesh cam nie..JAHAT JAHAT!!..sian sian.. yer la bygkan PIPI dah merah..TANGAN dah berpeluh..KAKI dah sejuk dan MATA dah tak tentu hala..sambil tundukkan KEPALA cari duit syiling yg mmg ta jatuh pum...haiyooo...:p


                           elehh sopan...tapi pipi ada blushing free..ko ada??


Bila ditilik dan ditenung..kan ker lebih baik jadi GADESH PEMALU..sbb i nampak SOPAN dan COMEL..(PERASAN).. tapi betol mmg gadesh lbih baik malu dan sopan sebab itu lumrah kalau TAK MALU dan TAK SOPAN itu BUANG TABIAT namanya..HAHA...:p





nak marahhh ajer...takoott... (smbil tgn gigit jari)..:P



     

HAHA..takoot kan..ckp sikit nak marah..ckp byk terus ditumbuk..:P jadi rasa rasanya lebih baik jadi gadesh yg sopan dan malu..bukan setakat org suka TUHAN pum suka meyhh..:) 

JODOH?? jgn takoot.. TAK LARI GUNUNG DIKEJAR..malu malu pum lau mmg da ada jodohnya..datang gak..tayah nak penin memikiorkannya (kata org perak)..:P pasti ada yg berkenan ngn blushing FREE ko tuh mak jah..haha..:P


time nikah HARAM nak malu lagi kan..HAHA..:p




Bila dah KAWEN..moga hilanglah segala malu u tuh JAH!! haha...Tipu lorhh lau kata takkk kan..asal leh berderet anak pinakk..haha..:P (lagi ramai lagi meriah u)..hehe..:)


   
amboi amboi kemain BAHAGIA..da tadew BLUSHING..:p


~MAK..sebelum terlambat..SELAMAT HARI EMAK..~


Pengenalan Diri Entry Pertama..

Assalamualaikum..

Hai..saya nabila empunya blog. Dah lama sebenarnya i create this blog. Tapi baru ada masa nak menghadap. Jadi nya salam perkenalan dari i ya kwn kwn. 

Follower pum baru ada sorang. Setia ko kan Bella Ayub. Haha. Maap lorh..nama pum baru nak menulis blog. Jadi lau ada yg mencemarkan pemandangan mata harap diampun!!..

Last but not least, jemput jemput lah membaca apa yang i ngarutkan disini ouh..okey.Papai!! :)