Saturday, June 18, 2011

22 Bestnya Jadi Perempuan. -.-

Assalamualaikum..


Okey, i nak share sikit dengan korang pasal 22 perkara bestnya jadi perempuan. Rasa cam menarik ajer lepas baca satu majalah ni yang turut cerita benda yang sama. Jom kita baca meyh 22 perkara tuh.



1.  Pepatah ada mengatakan bahawa syurga di telapak kaki ibu. Untunglah kan.


2.  Hanya perempuan yang sanggup membawa kehidupan baru ke dunia.





3.  Kamu bebas berpegangan tangan dengan sahabat. Takkan ada gosip punya meyh.


4.  Datang bulan ada manfaatnya sebab boleh jadikan alasan moody.


5.  Wanita punya teman yang 'unik' sebab boleh baik dengan golongan mak nyah.


6.  Tidak ada janggut atau misai macam lelaki.


7.  Panjang, pendek, lurus atau ikalnya rambut tidak akan jadi masalah. Terserah kamu.


8.  Dapat cincin berlian sewaktu lamaran tanpa mengeluarkan duit.


9.  Berjimat, tapi masih boleh bergaya. Contohnya dibelanja oleh teman lelaki makan mewah.


10. Tayar pancit di tengah jalan pasti ada bantuan dari jejaka tampan.


11. 'Ladies first' adalah bukti perempuan selalu didahulukan.


12. Perempuan lebih kuat. Sebab boleh tahan kaki bershopping sepanjang hari.


13. Pasti kamu pernah mendengar klinik ibu dan anak kan. Tapi ayah dan anak tak ada pum kan.


14. Mempunyai tempat penjagaan tubuh yang lengkap seperti spa.


15. Tidak malu membawa payung.





16. Pelbagai kerja dalam satu masa dapat dilaksanakan. Memasak sempat lagi bergosip di telefon
      sambil mata tonton tv.

 
17. Tidak ada warna yang perempuan tak boleh pakai. Lelaki alah dengan warna pink.


18. Lelaki bukakan pintu untuk perempuan.


19. Boleh menangis sesuka hati tanpa rasa segan. Biasalah perempuan dan airmata kan.


                                                   


20. Bebas mengadu pada sesiapa sahaja jika tengah bersedih.


21. Fesyen yang pelbagai dan sentiasa up to date.


22. Mampu mencairkan sesiapa sahaja dengan lirikan mata dan keayuan.






Sekadar nak kongsi ajer dengan korang nie. Selamat Hari Wanita (tetiba)  -.-

Friday, June 17, 2011

Bila Sudah Mabuk Cinta


"Macam macam dah kuberikan pada si dia. Hadiah, kasih sayang, pengorbanan, masa dan wang ringgit. Masih tidak cukupkah apa yang aku berikan ini? Apa lagi yang harus kuberi terhadapnya untuk mendapat cintanya yang sejati?" 



Assalamualaikum...


Nampak tak ada sedikit dialog yang i sempat taipkan itu. Ini kisah benar tau yang i dengar sendiri dari seorang sahabat  yang mabuk bercinta.Tapi nama pum lakonan semula kan jadi i ubah sikitlah jadi  ayat novel. Halaa lagipum kan ker satu cerita tuh kalau dah sampai ker orang yang nombor 20 mesti banyak scene yang diubah kan. Biasa lah tuh. Tapi dengan keizinannya lah i dapat copy ayat ini. Ehh i lupa nak sapa kan. Hai semua.. apa khabar?? hehe. Dah lama tak update kan. Padahal baru beberapa hari. Tadew lah i cam da nampak sawang jer kan kat blog kesayangan ini. Jadi update deras deras.



Okey lah, kita gerakkan sikit minda kita dengan topik i kali ini. Bila i teringat dialog yang macam kat atas tuh berulang semula di telinga nie. Pertama sekali i nak kata TIDAK!! ~ Tidak patut kamu melakukan semua itu sehingga perhubungan kamu dapat mencapai satu tahap yang kamu inginkan wahai sahabat. Sebenarnya kamu hanya memaksakan diri supaya hubungan kamu berjalan dengan lancarnya. Macam paksa pokok yang tengah nak membesar supaya cepat cepat keluarkan buah. Sepatutnya biarlah ia tumbuh dengan sendirinyatanpa sebarang paksaan begitu juga dalam percintaan.


Akibat terlalu banyak cinta pum boleh parah tau. Baru jumpa 2 kali dah cakap "I love You". "Saya cinta pada awk". "Aishiteru".dan macam macam lagi bahasa  korang kan. Maaplah i ni tak pandai sangat. haha. Ok, bila berjumpa sahaja, dunia ini ibarat macam kita  yang  punya. Rasa macam taknak balik jer. haha. (macam pernah rasa jer kan cik nabila).. haha. Tapi ini hakikat kan. Bukannya i nak tuduh korang jer kadang kadang diri ini juga alpa. Lepas tuh keobsesan terhadap percintaan akan mula bercambah dari masa ke semasa.

Baiklah, mengikut kajian lah kan yang i sempat baca kat majalah. Perempuanlah yang akan selalu melakukan macam macam perkara kerana takut kehilangan lelaki yang "disayanginya", walaupun lelaki itu tidak menunjukkan sebarang komitmen dalam perhubungan mereka itu. Cett punya lelaki. hehe. Maap..tercett pulak. Emosi terkeluar pulak. haha. Tapi itu menurut kajian lah kan. Tak mustahil laki pum ada yang macam itu. "Sayang u jump i jump". haha. Lelaki punya ayat kan. Macam biasa dengar jer kan. Namun, apa yang mereka lakukan itu agar dapat meraih kasih sayang dari pasangan biasanya selalu "GAGAL". Sebab cinta memang takkan boleh dipaksa paksa.


Jika kamu masukkan pulak unsur wang dalam percintaan kamu jugak takkan pernah dapat  kebahagiaan yang hakiki.

Cehh ayat nak novel. haha. Yelah,  contohnya: kalau seorang lelaki tuh dia menghadiahkan barangan yang mewah dan bawa pasangannya makan kat tempat yang ada 5 bintang baunya.






Mesti perempuan tuh akan pikir yang laki nie nak beli cintanya dengan duit. Takpum nak amik kesempatan kan. Mesti dia akan menafsir ketidakikhlasan laki tuh. Melainkan kalau yang memang jenis materialistik. Itu terpulanglah kepada hak individu masing masing. Tapi satu ajer persoalan yang terngiang "bahagiakah kamu??" -.-


Lagi satu kalau tentang perihal peribadi yang terlalu awal dicerikatan kepada pasangan kita. Maksud i macam ni, baru berjumpa dua hari dah bercerita pasal bergaduh dengan  adek beradek ker. Mak atau abah asek bergaduh ker. Ada parut di perut ker. Contohlah kan. haha. lain macam jer parut parut nie kan. Tapi itu semua terlalu awal untuk diceritakan.


Nanti pasangan kita akan pikir yang  kita ini suka membuka pekung didada. Takpum mudah untuk dipermainkan. Secara tidak langsung kita akan memberi gambaran yang tak baik kepada pasangan kita. Kalau pasangan kita boleh terima tapew tapi kalau tak boleh haaa nangis lah tepuk tepuk bantal senah. hehe.


Dalam pada i bercerita i nak bagi nasehat untuk korang jugak serta diri ini. BERHENTI BERHARAP. Apa yang perlu kamu buat ialah berhenti daripada terus berharap jika berada dalam situasi bertepuk sebelah tangan.


Percayalah cakap i itu lebih baik dari memaksa dan mabuk sangat dengan cinta yang tak kekal ini. Kalau kamu terlajak dalam terlalu awal memberi cinta, berhenti dan langkah ke belakang semula supaya perhubungan kamu boleh bernafas semula. Jangan cuba hubunginya. Kalau rasa bosan sangat pergilah melancong atau ke tempat yang kamu boleh sibukkan diri dengan kerja atau kawan kawan untuk beberapa minggu.


Jangan risau dengan  apa yang i cakap ni, "kamu tak akan kecewa".


Kadang kadang percintaan jugak memerlukan ruang. Biarkan sedikit masa berlalu tanpa tindakan kamu. Halaa kalau nak kol pum setakat tanya khabar. Kejap kejap jer lah kan. Jangan sampai nak buat "super saver". Betol ker ejaannya tuh, maap lah i bukan pengguna maxis. Mungkin bole kol atau sms dua minggu sekali. Bila dah adanya ruang yang macam ini akan membolehkan kedua pihak pikir balik hala tuju perhubungan itu. Mesti akan ada miskol bagai kan. Sebab miskol tandnyaa rindu. haha.


Jangan kerut dahi taknak percaya, cuba dulu ok. Bila dah buat segala tindakan yang mana tak sesuai dapat diperbetulkan semula sebab fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan dapat dibuat tidak berdasarkan emosi bagai. Ok. Cuba ya. Selamat Berjaya!






Monday, June 13, 2011

Dip6C

Assalamualaikum...






Yeahh.. Akhirnya dapat gak nak update pasal kawan kawanku dari kelas Dip6c nie. Mereka ni semua terdiri daripada kaum kaum Hawa tau. Ala kalau ada kaum Adam pum haluih. Haluih tuh kiranya cam ada ada tapi cam tadew. Ataupum pepatah melayu "Hidup Segan Mati Pum Lagi Lah Tanak".. Cam salah kan. Halaa i saja nak uji pengetahuan am korang jer pum. :p Disebabkan keistimewaan itu i sebut nama komer BOTAK COMEL, WAN STEADY dan ZAKI PENDIAM. 


I sangat sangat sayang mereka ini meyh lagipum i dulu masa sekolah Menengah kan kelas i terbalik dengan Kelas Dip6c nie. Sebabnya kelas i dulu ramai kaum Adam, kaum Hawa dia yang haluih. Ko banyangkan lah bila ramai kaum Adam dalam kelas, memang pendiam lah i  tau. Nak bangun bercakap kunk diorang buat bunyi cam gini "booo".. Perghh bole plak nak boo dalam kelas kan. Itulah kaum Adam kan. Dah lumrah kan. Okeylah berbalik pada cerita Dip6c nie kan, masa kat dalam kelas macam macam kerenah dan perangai yang kami tonjolkan. Nakal ada, celoteh ada, gosip ada dan macam macam lah. Sampaikan pensyarah "letak tangan didada kepala didongakkan"... OMG OMG kata ko..


Kalau i nak senaraikan nama semua teman teman sekelas takut ada yang i terlupa pulak kan. Nanti tak pasal pasal merajuk sambil pukul pukul dada.. hehe. Pensyarah Akademik kami pulak yang memang setia berzaman iaitu taraaa taraa Cik Hafizah. Ehhh tapi itu dulu lah kan. Sekarang nie Cik Hafizah kami dah bergelar Puan Hafizah. Bahasa kanak kanak "eeee cikgu dah berdua lah"..hehe. Terima kaseh Puan Hafizah yang walaupum agak tegas dan garang tapi tetap the best lah bagi i. 


Baiklah, kalau bercerita pasal kenangan memang banyak lah kan. Takut komer kata nab nie berkarangan ajer semedang kan. hehe. Jadi i ringkaskan ajer cerita yang kenangan manis dan pahit memang banyak yang i dapat sepanjang belajar dalam kelas Dip6c ini. Dah lah semuanya comel dan manis ditambah pulak kegirangan yang macam macam cerita.. Memang kecoh dan bising tapi tetap Comel. hehe.


Kawen nanti jangan lupa jemput yer gadis Dip6c. Ala kalau komer tak jemput pum i datang gak. Lantaklah.. haha. Berani tanak jemput i kan. Tumbuk kunk!! hehe.










Rendu lah nak bergambar ramai ramai lagi beserta ikut tema warna yang ditetapkan walaupum sampai penin. Ketua Kelas kami Cik Intan dan Penolong Ketua Kelas pulak Cik Miey Sauti. Memegang amanah dengan jayanya selama berada dalam kelas Dip6c. Terima kasih dan tahniah. :)


Okey kalau teman serumah i pulak yang setia duduk dengan i ada 6 orang gadisnya. Cik Ika, Cik Bella, Cik Aleya, Cik Wahida dan Cik Azieyla @ Mek. Mereka memang teman setia i dengan macam macam hal lah. Watever i sayang korang oke. Tamo lupakan i oke. 



Pensyarah peveret 7 keturunan..~En Hamzi~


Semoga kita tak lost contact ouh Gadesh Dip6c.. Jangan lupa hubung hubung... Terima kaseh..:)


Wassalam...


Sunday, June 12, 2011

Tahniah Hazama.

Assalamualaikum..


Tahniah Pak Lang Hazama!! kawtimmm maaa!! hehehe.. Memang terasa keseronokan sedikit lepas diumumkan Hazama sebagai Juara Akademi Fantasia Musim Ke9. Mula mula tak yakin Hazama boleh menang tapi bila dah dengar dia nyanyi kat konsert akhir tadi memang best lah. Yeahh.. He Deserve it. Lima tahun menanti nak masuk Af kan. Adil lah tuh kasi dia menang. (tetiba nak emo)..hehe.










Lagu terbaru Hazama pum cam sedap dan enak didengar kan. Cinta Teragung. Nyanyian asal memang dari Hazama. Cayalah Hazama. Tahniah sekali lagi. Moga terus sukses ya. Kawtimm..:)


p/s :  mula rasa nak dowload lagu Cinta Teragung nie. 

Friday, June 10, 2011

Pengangguran Anggur


Assalamualaikum..



Hai pembaca pembaca dan tersayang. Luangkan masa sedikit auw ziarah blog i yang tak bapew nak megah sangat nie. hehe. Sekarang nie ramai mahasiswa dan mahasiswi kita tengah bercuti semester kan. Jangan nak tipu. I nie salah seorang tau yang sedang membaja anggur. Dah bercabang lambak dah pokok anggur i. Hehe.. I sebenarnya dah habis dan selamat menamatkan Pengajian Diploma i yang dah 3 taun berlangsung. Tak sangka ouh kecik pendek i pum dah habis belajar kan. hehe. Tapi serius i berkata yang rasa macam baru ajer menjengah masuk belajar semester satu tau. Masih berhingusan dan bertahi lalat jer lagi rasanya.Gelakkan diri sendiri. haha.



Sekarang nie pulak bila dah habis belajar terasa kebosanan menyelinap diri. hehe. Duduk rumah i tanam anggur, petik anggur, baja anggur, siram anggur. haha. Sampai dah rasa bernanah hati nie kebosanan ouh. Phewww... Kerja?? Bukan tak pernah terlintas.. Selalu jer terlintas cuma i selalu halau jer jangan lintas lagi. hehe. I datang Kuala Lumpur nie pum dengan keazaman nak cari kerja dekat dekat dengan rumah akak nie di Cheras. Tapi hangat hangat tahi ayam lah kan keazamannya itu. hehe. Ehhh tapi dah usaha dah tau nak cari kerja walaupum mak hasut cakap "kamu nanti nak sambung belajar kan, rehat jer lah dulu".. haaa mak yang cakap tau. 



Duduk rumah bila dah jadi seorang pengganggur nie korang perasan tak kadang kadang kita boleh jadi sensitif. Bila abang dan kakak yang dah bekerja balik bercuti kat rumah mak. Rasa segan menyelinap. Yelah, diorang bercuti sebab penat bekerja. Yang i nie pulak hari hari bercuti sebab penat menganggur. hahaha. Sempat ko gelak kan nabila ariff. Ok serius. Peneman i time tanam anggur nie menatang ni jer lah. LAPTOP  i yang putih warnanya ni..hehe. Tak seputih orangnya.. hehe. Tapi betol, i kuat berangan lah sekarang nie sejak dah declare jadi seorang PENGANGGUR..Cer tengok gambar bosan i kat kat bawah nie.




















Bosan kan. Memang bosan sampai blog nie pum i updatekan dengan entry yang ntah kemana hala punya idea. Orang kata otak kanan punya idea tau. Layankan ajer lah komer.. (^_^)




p/s Nak cari kerja yang duduk ajer boleh. Boleh update blog. hehe.



Cinta Melodi

Assalamualaikum..



Hai semua pembaca pembaca kesayanganku.. Sehat tak?? Umm sekarang nie kita kan ada satu kewujudan virus baru "E-Coli".. Jadi kalau ada yang tak sehat macam sakit perut..demam..nak munn.. cepat cepat ke hospital yaa buat check up.. Dengar kan ajer i kasi advice..haha.. wakil Menteri Kesihatan..



Okey. I sebenarnya nak kongsi sikit pasal satu Sinetron Indonesia yang memang i berminat nak tengok pada mulanya..  "Cinta Melodi" Astro Ria jam 6.30. Dah lah waktu cerita tuh dekat dekat ngan Slot Akasia "Nora Elena". Berebut lah hati ni nak tengok mana satu kan.. Seth Tan ker Elang?? haha.. ngarut ngarut.Tapi Sinetron nie memang benar benar mencuit hati i pad mulanya. Kelakar, geram dan huru hara ceritanya.. Elang aka Randy Pangalila selaku hero dan Melody aka Chelsea Olivia.. Memang seronok.. Dengar tak lagu kat blog i nie.. haaaa cerita itu lah asalnya. haha. (promote)..











Cuma ending dia jer yang tak semegah mana. Boleh plak dia bersama dengan second hero. Haihh. Buat i makan tak lalu mandi tak basah walaupum memang selalu macam tuh.. HAHA.. Tapi apa pum memang kena terima lah kan. Tak semestinya heroin kena bersama dengan hero. Mungkin second hero lebih bahgiakannya. Ehhh nada dah lain macm kan. hehe.. Okey lah. itu jer nak share. Selamat nonton ya..


p/s nak gosip dengar kata diorang kat luar memang bercinta kan. :P


Thursday, June 9, 2011

Pak Cik Keikhlasan



Assalamualaikum..




Hai semua.. apa khabar?? Rajin lak i nak update nie. Yelah, lepas dah bersihkan sawang rasa bersih lak kan. Tuh yang nak bertapak lagi nie..:P Baiklah sekarang nie musim hujan kan. Yelorhh tiap petang menyidai jemuran pastu hegeh hegeh nak angkat sebab hujan. kan? kan? Tapi nama pum hujan, sesuatu yang turun atas arahan Dia. Maka kita yang kat bawah nie kena terima dan  ngadap pemberian dan rahmat yang diberi. Alaa rilekss laa itu cuma selingan dan nasehat dari orang tua nie. hehe..:P sekadar mukadimah dan bebelan.









Baiklah sedara sedari yang i sayang.. Wahh sayang gitu kan. Yelah komer dah susah payah kan menaip nabilaariff.blogspot.com, mana lah i tak sayang... haih.. nabila ariff lain macam jer nie. sayang ada makna nie. ikhlas ker?? haaa... kena lah tuh dengan topik yang memang i nak bicarakan serta kongsikan dengan komer semua nie kan. Tapi kejap kejap i nak betulkan keadaan, i ikhlas lah sayang komer. Janji!!..:)




Sebenarnya banyak benda yang kita buat hari ini memerlukan keikhlasan. Menolong makcik yang mengendong dan mengheret banyak barang melintas jalan memerlukan keikhlasan, membantu mak menyiapkan makan malam memerlukan keikhlasan, membaca dan mengerodeh blog nabila ariff juga memerlukan keikhlasan tau. Jadi apa benda yang kita buat tak mintak "pakcik keikhlasan" nie. Takdew kan? sumernya nak keikhlasan yang datang dari dalam hati dan sanubari kita. Tetapi sedar tak kita kadang kadang terpaksa berpura pura ikhlaskan hati bila berhadapan dengan situasi yang tak nak sebenarnya tapi kena kata nak jugak.




Kenapa mesti ada rasa begitu?? Ini adalah kerana kita sentiasa mengharapkan ganjaran dalam apa yang kita buat. Bagi kita biar di mata masyarakat kita dipandang mulia dengan budi baik kita terhadap orang ramai walaupun hati kita tak pernah ada rasa ikhlas melakukannya. Baik ker kita kalau macam itu? Sedih.. memang amat amat sedih bila kita sedar apa yang kita buat ini hanya akan menyebabkan kehidupan kita dipelopori oleh kepura-puraan atau bahasa yang lebih difahami "HIPOKRIT".. Larat ker kita asyik kena tadah senyum di wajah sedangkan hati kita menempelkan wajah hati yang masam dan tidak ikhlas langsung. I rasa ramai yang setuju kalau i kata ramai sebenarnya insan HIPOKRIT di sekeliling kita. Mungkin termasuk diri ini siapalah tahu kan. Takkan kita nak menabik dada kata "ehhh ner ada i hipokrit". Pencuri takkan kata dia yang mencuri, pembunuh takkan ngaku dia yang bunuh dan si anak derhaka takkan tempel nota di dahinya dan kata " I Anak Derhaka". 





Kalau i nak terangkan dengan lagi jelas dan terang pasal keikhlasan nie pum buat bising jer tangan i menaip keyboard nie haa. Yelah semua orang dah tawu pum kan. Pakcik Keikhlasan tuh wujud dan sahih. Kepentingan dia amatlah hendak dan perlu serta tak boleh dinafikan lagi. Terutamanya dalam berkawan, haiyaa takkan kita boleh berkawan tak ikhlas. Muka senyum cakap "elena..ko comel la".. padahal hati kata "dengor ler elena i cakap tuh..tak ikhlas ko tau ker??.".. haa..contoh lah kan. Bila kita tak ikhlas dalam berkawan, semuanya akan terpancar di wajah kita. Orang kata "wajah kita rahsia kita". Jadi bila hati dah sumpah seranah  tak ikhlas maka akan terpancarlah di wajah kita ketidakikhlasan itu. I gerenti punya.




Dalam bercinta dan berkasih pum perlukan keikhlasan gak. Bila kita nak keluar dating lah kan. Kemudian si teman lelaki berkata "Takpelah u hari nie i belanja".. Sedangkan dalam hati "Ishh hari hari macam nie lingkup i ouh".. haha. Haa terasa terasa.. Tapi memang ianya selalu berlaku dan ada berlaku pada anda kan kan. Kalau sekali dua kali tak ikhlas bole diterima lagi tapi kalau hari hari cam tuh.. LARAT?? Hari hari nak kena pakai topeng HIPOKRIT di wajah yang hensem dan cantik itu. Haiyaa ini memang benar benar masalah besar OOoooo si Tijah!! 









Begitu juga bila kita berhadapan dengan keluarga kita sendiri. Mak.. Abah.. Abang.. Akak.. Adik.. dan semuanya lahhh. Juga mintak pakcik keikhlasan nak datang tau. Membantu ayah basuh kereta kena ikhlas, tolong mak kemas katil sendiri kena ikhlas.. Ehh kejap kemas katil sendiri pum dikira tolong mak yer.. hahaha.. Bantaikan :P Jadi apa apa pum yang kita buat kat rumah kena ikhlas lah kan. Sayang mak pum kena ikhlas. Pendek cerita semualah.. semua semua semua..:)




Tetapi tak semua yang kita buat tuh tak ikhlas. Jangan salah paham dengan ayat dan nada i dari awal. Nampak cam nak marah ajer kan. Hehe. I ikhlas tau nak komer pikir dan renungkan perkara nie. Nampak tuh. "ikhlas tau" ..hehe. Kadang kadang kita tak perasan keikhlasan hati kita memberi dan membantu sesuatu. Ianya akan kita rasakan di dalam lubuk hati dan sanubari kita sendiri. Kalau rasa bahagia dan tenang bila dah memberi sesuatu maka jelas disitu pakcik keikhlasan ada datang ziarah. Kalau rasa tak tenang dan tak bahagia pum.. umm alamatnyer pak cik keikhlasan dah sesat dan tak tau hilang entah kemana. 





Akhir entry, apa yang kita beri jangan pernah terlintas untuk mintak ganjaran dan balasan. Sesuatu yang baik pasti ada balasan yang memang telah dijanjikan tetapi jangan pernah mengharapkannya. Okey lah, i pum tatau sebab musabab i publish entry Pakcik Keikhlasan nie. Cuma semalam i sedar, ramai yang tak perasan kepentingan perkara ini walhal ianya penting. Semuanya bermula dengan hati. :)




Wassalam...