Friday, June 17, 2011

Bila Sudah Mabuk Cinta


"Macam macam dah kuberikan pada si dia. Hadiah, kasih sayang, pengorbanan, masa dan wang ringgit. Masih tidak cukupkah apa yang aku berikan ini? Apa lagi yang harus kuberi terhadapnya untuk mendapat cintanya yang sejati?" 



Assalamualaikum...


Nampak tak ada sedikit dialog yang i sempat taipkan itu. Ini kisah benar tau yang i dengar sendiri dari seorang sahabat  yang mabuk bercinta.Tapi nama pum lakonan semula kan jadi i ubah sikitlah jadi  ayat novel. Halaa lagipum kan ker satu cerita tuh kalau dah sampai ker orang yang nombor 20 mesti banyak scene yang diubah kan. Biasa lah tuh. Tapi dengan keizinannya lah i dapat copy ayat ini. Ehh i lupa nak sapa kan. Hai semua.. apa khabar?? hehe. Dah lama tak update kan. Padahal baru beberapa hari. Tadew lah i cam da nampak sawang jer kan kat blog kesayangan ini. Jadi update deras deras.



Okey lah, kita gerakkan sikit minda kita dengan topik i kali ini. Bila i teringat dialog yang macam kat atas tuh berulang semula di telinga nie. Pertama sekali i nak kata TIDAK!! ~ Tidak patut kamu melakukan semua itu sehingga perhubungan kamu dapat mencapai satu tahap yang kamu inginkan wahai sahabat. Sebenarnya kamu hanya memaksakan diri supaya hubungan kamu berjalan dengan lancarnya. Macam paksa pokok yang tengah nak membesar supaya cepat cepat keluarkan buah. Sepatutnya biarlah ia tumbuh dengan sendirinyatanpa sebarang paksaan begitu juga dalam percintaan.


Akibat terlalu banyak cinta pum boleh parah tau. Baru jumpa 2 kali dah cakap "I love You". "Saya cinta pada awk". "Aishiteru".dan macam macam lagi bahasa  korang kan. Maaplah i ni tak pandai sangat. haha. Ok, bila berjumpa sahaja, dunia ini ibarat macam kita  yang  punya. Rasa macam taknak balik jer. haha. (macam pernah rasa jer kan cik nabila).. haha. Tapi ini hakikat kan. Bukannya i nak tuduh korang jer kadang kadang diri ini juga alpa. Lepas tuh keobsesan terhadap percintaan akan mula bercambah dari masa ke semasa.

Baiklah, mengikut kajian lah kan yang i sempat baca kat majalah. Perempuanlah yang akan selalu melakukan macam macam perkara kerana takut kehilangan lelaki yang "disayanginya", walaupun lelaki itu tidak menunjukkan sebarang komitmen dalam perhubungan mereka itu. Cett punya lelaki. hehe. Maap..tercett pulak. Emosi terkeluar pulak. haha. Tapi itu menurut kajian lah kan. Tak mustahil laki pum ada yang macam itu. "Sayang u jump i jump". haha. Lelaki punya ayat kan. Macam biasa dengar jer kan. Namun, apa yang mereka lakukan itu agar dapat meraih kasih sayang dari pasangan biasanya selalu "GAGAL". Sebab cinta memang takkan boleh dipaksa paksa.


Jika kamu masukkan pulak unsur wang dalam percintaan kamu jugak takkan pernah dapat  kebahagiaan yang hakiki.

Cehh ayat nak novel. haha. Yelah,  contohnya: kalau seorang lelaki tuh dia menghadiahkan barangan yang mewah dan bawa pasangannya makan kat tempat yang ada 5 bintang baunya.






Mesti perempuan tuh akan pikir yang laki nie nak beli cintanya dengan duit. Takpum nak amik kesempatan kan. Mesti dia akan menafsir ketidakikhlasan laki tuh. Melainkan kalau yang memang jenis materialistik. Itu terpulanglah kepada hak individu masing masing. Tapi satu ajer persoalan yang terngiang "bahagiakah kamu??" -.-


Lagi satu kalau tentang perihal peribadi yang terlalu awal dicerikatan kepada pasangan kita. Maksud i macam ni, baru berjumpa dua hari dah bercerita pasal bergaduh dengan  adek beradek ker. Mak atau abah asek bergaduh ker. Ada parut di perut ker. Contohlah kan. haha. lain macam jer parut parut nie kan. Tapi itu semua terlalu awal untuk diceritakan.


Nanti pasangan kita akan pikir yang  kita ini suka membuka pekung didada. Takpum mudah untuk dipermainkan. Secara tidak langsung kita akan memberi gambaran yang tak baik kepada pasangan kita. Kalau pasangan kita boleh terima tapew tapi kalau tak boleh haaa nangis lah tepuk tepuk bantal senah. hehe.


Dalam pada i bercerita i nak bagi nasehat untuk korang jugak serta diri ini. BERHENTI BERHARAP. Apa yang perlu kamu buat ialah berhenti daripada terus berharap jika berada dalam situasi bertepuk sebelah tangan.


Percayalah cakap i itu lebih baik dari memaksa dan mabuk sangat dengan cinta yang tak kekal ini. Kalau kamu terlajak dalam terlalu awal memberi cinta, berhenti dan langkah ke belakang semula supaya perhubungan kamu boleh bernafas semula. Jangan cuba hubunginya. Kalau rasa bosan sangat pergilah melancong atau ke tempat yang kamu boleh sibukkan diri dengan kerja atau kawan kawan untuk beberapa minggu.


Jangan risau dengan  apa yang i cakap ni, "kamu tak akan kecewa".


Kadang kadang percintaan jugak memerlukan ruang. Biarkan sedikit masa berlalu tanpa tindakan kamu. Halaa kalau nak kol pum setakat tanya khabar. Kejap kejap jer lah kan. Jangan sampai nak buat "super saver". Betol ker ejaannya tuh, maap lah i bukan pengguna maxis. Mungkin bole kol atau sms dua minggu sekali. Bila dah adanya ruang yang macam ini akan membolehkan kedua pihak pikir balik hala tuju perhubungan itu. Mesti akan ada miskol bagai kan. Sebab miskol tandnyaa rindu. haha.


Jangan kerut dahi taknak percaya, cuba dulu ok. Bila dah buat segala tindakan yang mana tak sesuai dapat diperbetulkan semula sebab fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan dapat dibuat tidak berdasarkan emosi bagai. Ok. Cuba ya. Selamat Berjaya!






No comments: