Thursday, December 15, 2011

Memori daun pisang. :P

Assalammualaikum.


Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan dua belas tahun dua ribu sebelas pun kan. Saja nak bubuhlah entry utk disember. Kesian sgt aihhh blog nie kan. HAHA.

Baik lorhhh. sekarang i ada kat rumah kakak di Kelumpor. Macam biasa lahh. Dok melepak lepak sambil henjut henjut kaki meratah ratah hari sebelum nak masuk belajar kat ehem ehem. nanti ada masa i cerita yer pasal hal nak nyambung blaja nie. ^_^

Masa ada kat kelumpor nie. Hegeh hegeh laa hari hari dok masak macam macam jenis lauk. Nak rasakan aura kampung tuh punya pasal kan walaupun suasana dan bahan bahan yg berbeza.

Contohnya mcm sambal petai udang kan. Kalau kat kampung, kemain fresh. Baru jer abang pemancing tangkap. Terus ketuk ketuk humban dalam kuali buat sambal. perghhhhhhh. shesheshedappp. Tapi berbeza di Kelumpor. Udang yg belasan tahun dah ditangkap, kemudian kita hegeh pergi pasaraya beli then buat msk sambal. Berbeza sungguh rasanya i cakap sama u olsss.

Oke, kembali ke isi penting. Semalam teringin pulak tekak nak makan Ikan Cecaru Bakar cicah air asam kan. Mak suruh pergi pasaraya beli daun pisang lah kan nak bakar ikan cecaru tuh.

Pastu tetiba i bagi idea yg mmg akan dpt luku dari mak lah kan. cam gini ideanya. 'hek eleh mak, amik jerlah daun pisang kat pokok pisang yg berlambak hala kat luar tuh'. mak nampak pelik. jawap laju laju. 'celah pokok mana, ko lupa kat mana nie, dah lah rumah tinggi tak nampak pokok, lagi nak cari pokok pisang'.

Cettt. Baru teringat. lagi berada di tanah besar Kelumpor. Okeyyyy. dah paham. kat sini tahik hidung pun kena beli. hahaha. kan kan. semua benda kena beli. rasa beruntongnya duduk di kampung seyes. -.-

Lalu hati gundah gulana. bawak diri pergi pasaraya nak beli daun pisang. malunya kat org kampung kalau diorang tahu kan. pergi beli jugaklah. teringat pokok pisang yang berlambak kat kampung tuh kan. kalau i buat meniaga kat keyel pun mau jadi usahawan berjaya. haha. *berangan.

Sampai sampai jer pasaraya tersebut. terus pergi dekat bahagian sayur mayur. cari cari benda yang untuk pertama kalinya i beli di pasaraya. Dan dibawah ini adalah hasilnya. wujud jugak benda alah ini kan. 






Walaupun harganya taklah beratus ratus. Tapi cam pelik jer kuarkan duit singgit nak beli daun pisang kan. haha. Pertama kali beli pulakk nie. Orang keyel. Orang keyel. haha. Tapi itulah lumrah perbezaan duduk dibandar dan dikampung anak anakku. haha. 

Itu sajalah cerita nak kongsi dengan korang. Memang nampak cam Peghakk sangat kan entry kali ini tapi saja nak kongsi dengan kauorang yg mungkin senasib dgn rasa batak i nie kan. haha. Baiklah tutup celita. Papai semuaaa.

Wassalam.

p/s : teringat pulak lagu memori daun pisang kan. haha. :P