Thursday, December 15, 2011

Memori daun pisang. :P

Assalammualaikum.


Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan dua belas tahun dua ribu sebelas pun kan. Saja nak bubuhlah entry utk disember. Kesian sgt aihhh blog nie kan. HAHA.

Baik lorhhh. sekarang i ada kat rumah kakak di Kelumpor. Macam biasa lahh. Dok melepak lepak sambil henjut henjut kaki meratah ratah hari sebelum nak masuk belajar kat ehem ehem. nanti ada masa i cerita yer pasal hal nak nyambung blaja nie. ^_^

Masa ada kat kelumpor nie. Hegeh hegeh laa hari hari dok masak macam macam jenis lauk. Nak rasakan aura kampung tuh punya pasal kan walaupun suasana dan bahan bahan yg berbeza.

Contohnya mcm sambal petai udang kan. Kalau kat kampung, kemain fresh. Baru jer abang pemancing tangkap. Terus ketuk ketuk humban dalam kuali buat sambal. perghhhhhhh. shesheshedappp. Tapi berbeza di Kelumpor. Udang yg belasan tahun dah ditangkap, kemudian kita hegeh pergi pasaraya beli then buat msk sambal. Berbeza sungguh rasanya i cakap sama u olsss.

Oke, kembali ke isi penting. Semalam teringin pulak tekak nak makan Ikan Cecaru Bakar cicah air asam kan. Mak suruh pergi pasaraya beli daun pisang lah kan nak bakar ikan cecaru tuh.

Pastu tetiba i bagi idea yg mmg akan dpt luku dari mak lah kan. cam gini ideanya. 'hek eleh mak, amik jerlah daun pisang kat pokok pisang yg berlambak hala kat luar tuh'. mak nampak pelik. jawap laju laju. 'celah pokok mana, ko lupa kat mana nie, dah lah rumah tinggi tak nampak pokok, lagi nak cari pokok pisang'.

Cettt. Baru teringat. lagi berada di tanah besar Kelumpor. Okeyyyy. dah paham. kat sini tahik hidung pun kena beli. hahaha. kan kan. semua benda kena beli. rasa beruntongnya duduk di kampung seyes. -.-

Lalu hati gundah gulana. bawak diri pergi pasaraya nak beli daun pisang. malunya kat org kampung kalau diorang tahu kan. pergi beli jugaklah. teringat pokok pisang yang berlambak kat kampung tuh kan. kalau i buat meniaga kat keyel pun mau jadi usahawan berjaya. haha. *berangan.

Sampai sampai jer pasaraya tersebut. terus pergi dekat bahagian sayur mayur. cari cari benda yang untuk pertama kalinya i beli di pasaraya. Dan dibawah ini adalah hasilnya. wujud jugak benda alah ini kan. 






Walaupun harganya taklah beratus ratus. Tapi cam pelik jer kuarkan duit singgit nak beli daun pisang kan. haha. Pertama kali beli pulakk nie. Orang keyel. Orang keyel. haha. Tapi itulah lumrah perbezaan duduk dibandar dan dikampung anak anakku. haha. 

Itu sajalah cerita nak kongsi dengan korang. Memang nampak cam Peghakk sangat kan entry kali ini tapi saja nak kongsi dengan kauorang yg mungkin senasib dgn rasa batak i nie kan. haha. Baiklah tutup celita. Papai semuaaa.

Wassalam.

p/s : teringat pulak lagu memori daun pisang kan. haha. :P

Wednesday, November 16, 2011

Cinta pertama. ^_^

Assalammualaikum.


Huahauahauahahuhauaha. mula mula menaip bantai nak gelakk gedik gedik. Sebab musabab tak paham kenapa kan. Mungkin faktor usia Nabila Ariff agknya. dah nak masuk 22 kot tahun depan. *lagi sebulan. omakk. -.-

Dok pulun pikiorrr nie tade jumpa calon nak buat laki lagi. hahaha. :P Gila gedikk kan. Hingus pum masihh berlumutt da ada impian nak pinang anak teruna org. hua hua huaaa. *sambil lap hingusss hijau. yekkk.

Sebenarnyaa nyah nyah semuaa. I nak kongsi dengan korang sikit pasal cinta remaja i. Huahuahaha. Kalau nak ikotkan hati rasa nak torehh hati tunjuk sape cinta pertama kan. *beriaaa.

Bila cakap pasal cinta pertama semua org ada pengalaman  masing masing kan. Ada yang masa umor baru nak 'tatih tatih', dah terjumpaaa cinta pertama kan. *gopoh anak kau. Ada pulak yang masa masih mandi ngn mak dalam lingkungan 10 taun dahh ketemu pershhh lepp nye an.

Terpulang kpd cerita masing masing. Selagi terdaya katanya kan. Bercintalah komer. haha. Tapi untuk pengalaman i sendiri masa umor 19 taun. wahh. malu kot nak cerita nie. Sambil tutup tutup mata menaip nie. *maluuuu. huahauahaua.

Tumbesaran yang terbantut menyebabkan Nabila Ariff niee tak reti nak bercinta cinta masa zaman sekolah. Tahu angkat buku tebal tebal, kendong beg besar alam, berbekalkan speck setebal kabus, pegi balik sekolah. itulahh kegiatan hari hari. -.-


Bila ada orang nak mencarot mengorat, pulunnn lari nyorok belakang pintu kelas. Sambil jerit jerit 'tanak tanak, kitaa tak sukaaa tak sukaaa'. haha. *menambah nambah cerita. Itulahh ceritanyaa kan.

Jadinya bila dah mula mula bercinta dengan pershhhh love masa di kampus tempat sambung belajar tuntutan ilmu dedulu. Baru lahh pandai nak melantak guna garfu dan sudu, baru nak belajar dengar lagu Bola Bola Api Achik dan Nana dan baru tawu nak pergi kelas gosok gigi. huahauahau.:P

Lepas tuh siap pergi kelas nak pakai perfume minyak tanah yang ditanam berkurun kurun bagi mengekalkan baunya tuh supaya tahan lama kan. *tipu. Muka pum takott sangat berjerawat bagai. Siap bagi amaran nak letak garam lagi kalau ko tanak hilang jerawat oitt kan kan. hehe.

Dekat tangan pun tak lekang lekang pegang handphone *cap ayam jer time tuh. Bila tadew bateri kelam kabut risau cam mana dia nak contact nie. heuehue. Tak perpikir pulak mak nak kol bebel pagi pagi tak dapat kan.

Pendek kata disebabkan dah tawu bercintan cintan, baru laa jadi manusia yang lebih beradap dan bercampur dengan masyarakat sekeliling. Jadi tak salah kan nak bercinta kalau ada baiknya cuma jangan melampaui batasan ugamalah nyahh. -.-



Kadang kadang cinta pertama bole dijadikan pengajaran atau pengalaman yang manis untuk cinta seterus terusnya kan. Tamaulahhh jadikan cinta pertama musuh atau dendam kesumat pulakk ouh. Dari cinta pertamalah i belajar macam macam tau. *muka siyes.

Makanya yang mana baik boleh dijadikan tauladan dan tak baik bole tolak tepi kasi kat miyau miyau ker kan kan. Tapewwlahh sebab miyau miyau tade dosa dan pahala. heueheuehe.

Bagi cinta pertama i, mengenali anda buat i mengenali siapa diri i nie kan.  Makanya terima kasihh ya. ^_^. Bagi cinta i seterusnya tamau jeleshh baca entry nie ya, sekadar nak kongsi kongsi. *ayat playgirl. heueheuheue. :P

Okeylahh nakk pegi cicah roti canai dengan kari ayam mak. Ayuhhh semuaa. hehe. Selamat petang. Papai.

Wassalam.


p/s  Sesekali berjiwangggg jadi jangan nk nganga baca. hueheueheu. :P

Wednesday, October 12, 2011

Salah ker kalau kita suka memaapkan.

Assalammualaikum.


Hai kawan kawan. I tataulah knp setiap kali terasa nak update ada jer hasutan malas. Tapi terasa kepala dah sarat dengan pelbagai soalan dan tafsiran yang nak dicurah curahkan.

Seorang knk knk kecil yang merajuk dgn ibunya apabila dimarahi bila menganggu ibunya membuat sedikit kerja pejabat lalu terpujuk dan tersenyum kembali bila si  ibu membelinya sebiji burger ayam.

Bagaimana pula dgn seorg insan dewasa yang bila telah dilukai atau terguris hatinya akibat seseorang? Apakah akan juga mudah memaapkan? dan salah ker jika ingin mnjadi sepolos knk knk itu memapkan saja tanpa memikirkan luka dihati.

Yer memang tak salah untuk saling memaapkan sesame insan. Malahan ada ganjaran dan pahala yang dah disediakan. Cuma sising lengan baju nak kutip ajer kan. 

Akan tetapi, bagaimana dengan luka di hati. Apakah akan turut sembuh dengan hanya kata "baiklah saya maapkan kamu"? oh no. mustahil hati boleh bersatu dengan mulut. Susah sangat melainkan hati tulus ikhlas.

Namun nak cari keikhlasan itu lebih susa dari kumpul duet nak pegi London.

Pasti akan tetap ada luka dan kudis kan. Dan org akan cakap cam nie 'alaa maimon kemain senang ko nak maapkan Latif Forgiven tuh kan lps apa yg dia da buat'. Tapi yelah kan sampai bila nak dengar cakap org yg kemain sdp mulut makan lepat brcakap.

Tapi kdg kdg ada sahihnya. Mungkin org bercakap kerana mereka melihat kesedihan dan kedukaan kita. Namun semudah makan kuaci kita nak memaapkan. Sape tak marahhh. Apakah wajarrr??

MasyaAllah, knp kita tak kembali sahaja kepada hukum Allah. Memaapkan itu adalah satu perbuatan yang amat mulia lagi terpuji. Mungkin hari ini hari dia berbuat salah, siapa tahu esok lusa kita pula bersalah.

"Ya Allah, Engkau Ikhlaskanlah hati ini dalam memaapkan sedara dan sedariku dan sembuhkan kelukaan yang turut tersembunyi di sebalik hati." (amin amin).

Moga hati akan terus polos dan tulus memaapkan sesama insan. Macam kanak kanak kecil yang comel lagi tulus hatinya tatau apa apa.





Okelahh semua. Entry yang banyak persoalan sajer kan. Tapi moga ada input yang dapat kita kongsi bersama yer. Papai.

Wassalam.

p/s  Bila keliru istikharah jadi pilihan.

Sunday, September 18, 2011

Zaman zaman Asrama dulu. -.-

Assalammualaikum.


Selamat hari rayer yang ke sembilan belasss. ^_^. Dalam beberapa hari nie i ada menerima sedikit berita yang sedih berkaitan dengan masa hadapan. :( Tapelah ada rezeki adalahhh kan.

Apa yang i nak share ngan korang semua pasal pengalaman dulu dulu masa mula mula masuk asrama. Ya Allah kalau pikir pikir balik kan memang rasa malu tahap nak pakai purdahh.



Beria ia ajer cakap kat mak ngn abah. "Tapew mak org bole berdikari lahhh". Padahal masa dok lam kete lagi dahhh melelehhhhh. Sedihh giler punya gilerr kann.

Untuk pengetahuan komer, tadewlahh jauh sangat pun. Setakat 2jam jer punn kann. Otot otot pum tak sempat nak kebas kebas. Cuma manusianya jer yg sedih beria ia sampai berhingusann.

Pastu bila mak ngn abah dah menyalam nak balik makin kuatt bercucuran. mencurahh curahh. Masa tuh mohon masa diputarkan. nak jadi balik umor 3 taun. mak dukung lagi kan kan.



Sampai kat dlm bilik asrama ataupun kat tmpat i dulu dipanggil Kamsis. Intai intai lahhh roommate kan. Budak penang, kemain loghat bahasanya. Tapi nampak mcm ramah. dak dak speckk jugak. 0_0

Mula mula tak berani nak tegur takot nanti kena simbah ngan air. manalah tau gangster ker kan. Rupa rupanya sangat baekk dan friendly gitu. Lepas tuh pergi mana mana pun asek dengan dia jer lahhh. hihi.

Tapi perkara yang memang malu nak kongsi adalah setiap malam dalam selimut tepon mak sambil bercucuran dan terus bercucuran. Tak paham dengan diri sendiri. haha. Kelakar pum ada. Mak sampai off handphone.

Masa tu terasa diri diabaikan. Sampai hati mak uat cam gini kan. Rupa rupanya ada sebab semuaa tuh. Nak anaknya lebih berdikari dan pikir masa depan sikit.  Mak mana yang tak sayang anak kan kan. 

Lama lama bila diri dah mula nakal dan berpoya poya dengan suasana baru. Mula dah kurangkan aktiviti asyik nak telepon emak. Dari enam puloh enam kali asek menelepon dah tuka jadi lima belas kali. 

Mak pun dah rasa lapangg sikit nak buat keja umah katanya. Kalau tak asek nak pikirkan nasib anak dicampak belajar di luar daerah. Dengar tu yer semuaa bukan luar negeri atau negara tapi daerah jer. Terokk kan pangai nabila ariff.

Kawan kawan kat kelas pun dari hari ke sehari makin bertambah sehinggalahh berjumpa dengan teman teman yang memang sekepala dan giler giler. 




Jadi sekarang nie, i dah habis pun belajar di sinun. Duduk asrama pun satu sem ajer. I memang setiap minggu balik. *mengaku. Tapi yelaaa setakat 2 jam jer. Anak derhakalahh jadinyer kann lau tak ajin balik. hihi.

Apa yang i nak kongsi nie cuma tentang perasaan wajib yang akan ada pada sesiapa pum bila terpisah dari keluarga utk blaja. mula mulalahh. Tapi bila dahh jumpa kawan, jumpa cinta.. ummmm lupaa dah sedih bagai. *believe me.

Makanya yer, kepada adek adek dan abang abang yg baru nak jejak langkah ke asrama atau hostel tue nangislahhh puas puas kat emak skrg. Lama lama besokk korang akan gelakk kan diri sendiri. hihi.

Baiklah sudah mau tutup cerita. Masehh rasa sedih dengan keputusan utk sambung belajar nie. Doakan nabila ariff yer semua dapat peluangg nak sambung belajar. papai. -.-


Wassalam.

p/s  entry utk sorang teman. belajar elok elok yer awk. ^_^

Sunday, September 11, 2011

Bila Cinta Bertasbih. ^_^

Assalammualaikum.


Maaplah tadew entry rayer pun. Sebab tadew bergambar macam org lain. pagi pagi rayer da muka basi basi. hehe. Terus konti dgn entry baru ini jew laa. T__T.

Orang ada cakap kalau dah bukan jodoh pergilahh pinang shah rukh khan sekalipun untuk i. Tetap bukan jodoh kan. haha. *tetibe. Begitu jugak jika yg mmg dah berjodoh. Sama dengan jerlahh tue kan.

Sape yang ada tgk Filem atau Drama Ketika Cinta Bertasbih? Angkat tangann!! oke. Ramai gak yer yang ada nonton, jap jap nak kira. sorang..dua orgg..:P

Sangat jatuh cinta dgn filem itu lah kawan kawan. Terasa macam tak nak yang lain kan. Nak Abang Khairul Azzam.. haha. dan yg paling besh da way of dat story begins and stop. *omputeh sesekali.




Mula mula punyalahh payah nak mencari jodoh. Macam macam hala dan badai serta taufan. Sampaikan ibunya meninggal. Tapi akhir sekali berjodoh jugakk dengan embak Anna, org yg mmg dia suka. So sweet. :)

Apa yang i nak share pum pasal hal ini jugakk lah. Banyak dah yang i lihat dan hadir sendiri for wedding ceremony untuk kapel yang diorang ta sangka sangka berjodoh  mcm abang long i.

Bila tengok kisah percintaan diorang macam ta bole blahh dah kawen tau. Yelah kenal tadewlah sampai lapan pulohh taun. Beberapa tahun ajer, pehtuh setakat tuka nombor dan mesej setaun sekali.

Tup tup, along balik rumah mengaku yang diri dah bercinta dan nak berkahwin. Selamat dah sorang anak abah berkahwin. Itulah jodoh kan. Walaupun tak 'bagai nak rak' tapi tadew sape bole lawan takdir kan.


sedih tak dapat nak hadiri sebab presentation final pojek bagai. T_T.

Sekarang kakak ipar i sudahh berbadan dua pun komer. Untonglahh kan. Dah dapat anak menakan baru. haihh.. bila nak ada anak sendiri nie kan. haha.

Kesimpulannya, walaupun kita tak pulun habis masa bercinta, tak semestinya tak berjodoh. Kesimpulan lain lagi, walaupun kita pulunn habis masa bercinta, kalau da tadew jodoh. apakan daya diri. 

Bagi yang Muslim, percayalahh masing masing dilahirkan Allah berpasang-pasangan. Jangan nak berangan nak Yusoff Sami kalau dah jodoh dengan Yusoff Taiyob. :)

"Bila cinta itu sudah bertasbih. Nadi akan berdenyut denyut. Dada pulak kembang kempis. Dan akan terantailah satu butir cinta". *cewahhh bermadah madahh.

Kita masih lagi di bulan Syawal nie kan. Cuma nak kabo, taun nie dapat duet rayer ciput ajer. Beria ia beli tabung 2, 3 bagai  kan nak simpan duet rayer. haha. *malu.

Okelah teman teman dan kawan kawan. Entry kali ini agak jiwang bukan sebab tuan punya blog frust atau tengah bercinta cuma nak share ajer supaya tak kelam kalau takde jodoh lagi yaa. *utk dri sendiri. Papai.

Sekian saja diri insan yang kudus ini. ^_^


Wassalam serta Salam AidilfitRi yaa. 

p/s  seyess macam tak besh tadew entry raya.

Saturday, August 27, 2011

Kembali Menjengah Blog.

Assalammualaikum.

Salam ramadhan yang dah tinggal beberapa ketul hari jer lagi neyh. Agak lama kan tak datang buat spot check disini. Apalah nasib blog ku usang dimamah usia. *bajet.

Memang agak agak pemalas gila gila lahh kan nak update apa apa entry mengarut. Bak kata budak budak nakal yang suka melepak "bapakk malass doe". :P

Sebenarnya i ada mengalami sedikit kemalangan kecil minggu lalu. Almaklumlah terlampau berhemah menunggang kuda kan. Macam itulah jadinya. 

Tapi alhamdulillah i dah oke dari segi mental dan fizikal. Doktor cuma bebel dan tenyeh tenyeh luka suruh pantang makan supaya kelukaan dapat disembuhkan. *muka pun dah parut parut serupa mail lambung.


Iklan jap - masa i tgh kusyuk menaip nie kan. Tetiba pintu bilik dibuka secara lembut. Pelik gak, kalau adk nak kejut sahur pum haramlahh nak lembut. Rupa rupanya si brownie kucink ksygn. *nada serammm.

Oke sambunk. Pastu balik umahh jerr teruss bubuh krim kat luka luka. makan ubatt. then tidor macam org tatau apa itu masa. muka busuk busuk ngadap laptop on9. itulah keje si tukang sakit yg cedera. 


Tapi sekarangg dah oke dahhh. Parut nie jew lahh yang menggusarkan hati dan sanubari nak beraya nanti kan kan. Tapi bak kata mak tercinta 'bersyukurlah ta seyess'. 

Itu sajalah nak share ngan korang korang semua. Moral of da story -> 'hanya org yang pernah rasa sakit ajer akan memahami perasaan si pesakit'. *tetiba.

Sempena lagi dua ketul hari jer kita nak beraya dengan perasaan yang terkinja habis. I nak susun sepuluh jari tangan dan sepuloh jari kaki mohon maap yer kalau ada salah silap masa i berbelog nie. 

Selamat Hari Raya AidilfitRi kawan kawan. ^_^


p/s  dengar ceghiter tahun nie abah nak bakar lemang sendiri.hehe. :)

Sunday, August 14, 2011

Antara yakin atau tidak.



Assalammualaikum.

 Bila kita dah siapkan semua laporan bagi masa depan kita nanti kan kan. kenapa masih ada suara suara hati yang tak yakin dengan laporan diri sendiri ?

I bercakap tentang keyakinan dengan keputusan diri sendiri. Ramai yang begitu jugak kan kan. Mula mula rasa nak kembangkan hidung dekat kawan kawan bila dah ada keputusan masa depan.




Tapi last last kuncupkan balik hidung kembang tuh sebab musababnya TAK YAKIN dengan diri sendiri termasuklah yang berlagak hebat tgh menaip nie. -..-

Walhal diri sendiri yang terpijak tahik kambing. Kenapa mesti nak tuduh budak budak jahat lain yang baling tahik tuh. *contoh perumpamaan. *p/s maap peribahasa melayu failed. 

Cukup susahkan nak yakinkan diri sendiri dalam sesuatu hal. Pujuklah hati sampai subuh pum tetap akan ada rasa tidak yakin. Macam diri dah buat dosa pulak kan bila nak yakin sikit.




Beberapa tips nak jadi si yakin yang comel :

1. Hiraukan dan lantakkanlah org nak ckp apa. Kita masuk toilet pum bukan diorg bayar.

2. Pergi tengok cermin. Anda dah cukup sempurna. Nak malu apanya kannn.



3. Pagi pagi tuh dah pasang niat nak buat yang terbaik untuk hari itu. Jangan dengar umpatan bagai pulak.

4. Penuhkan hati dengan kemaafan. Muka jangan nak berdendam kan. buwrukk.

5. Dekatkan diri dengan warna warna yang cerah sebab boleh buat mood jadi owesomee. *ejaan bantai.

6. Buat apa apa pum , elok sangatlah kauorang baca bismillah dulu tau. 

Okelah teman teman itu saje ceramah saya hari ini. Teks ucapan saya tak sepanjang Perdana Menteri yang boleh saya huraikan. Selamat Mencuba. ^_^


Wassalam.

p/s  moga keputusan yg dibuat ini adalah yang terbaikkk.