Friday, July 29, 2011

Entry Ramadhan | Bulan Ramadhan Menjelma Lagi.

Assalammualaikum.



Maapkan i agak lama tak datang menghadirkan diri untuk menjadi blogger. hek hek. Agak sebuk dengan urusan anak anak dan alam rumahtangga. *dalam kayangan. 

Baiklah. Sdara sdari yang mmg cantik, arini i tetiba rasa nak hadirkan dri shebab kita nak pose dah kan kan.. ada tak dengar lagu utk masyarakat i nie. shemangat sangat dah nie. 

Setahun sekali ajer puasa kan. Nak makan Yusuff Taiyobb pum masa masa nie. Mak mak pum kelam kabut ke pasar carik ayam sekor dua ekor. daging sekilo dua kilo. nak buat sahur dan berbuka. 






Tapi untuk keluarga i. Benda wajib masa sahur. telur masin yang campur dengan habuk habuk itam tuh. arang kot. Rasanya bila bulan puasa ajer telur masin nie akan muncul kat umah mak. hehe. tapi memang masa sahur ta meriah sangat makannya. takot merengek sakit perut.





Bila berbuka pulak. Nahhhh macam macam jenis lauk pauk. Sampaikan ko nak amik pum kna 2 atau 3 orang tolong amikkan. Jauh shangat pulak kan. Sampai biler dah bubuh lam pinggan rasa dah knyang pulak kan.

Tapi kat sini i nak nasehatkan. Almaklumlah orang tua nie nak bercakap sikit. Isilah ramadhan kita ini dengan amal jariah yang banyak banyak. Tamo kedekk nak sedekah singgit dua inggit bila ada yg memerlukan ouh. 

Elakkan juga dari berkata perkara yg ta berpaedahh. Mengata anak org bagai kan. Sebabnyalah kan Ramadhan dtg setaun sekali jer peahh.. Bersyukur sangat sangat sebab masih dapat meratah hari hari ramadhan nie. Alhamdulillah. Amin. 

Moga kita semua dapat manfaatkan sebaiknya. I doakan untuk semua orang yaa. Jangan lupa meriahkan ramadhan ini dengan aktiviti yang bermanfaat. Supaya tak sia sia Allah bagi kesempatan ini. Jemputlah datang umah berbuka bersama ya. mana yg knl knl tuh. =.= 

"Salam Ramadhan dari Nabila Ariff sekeluarga. Maap andai ada salah silap di sini.  Nah amik kad kawen. :P"





Wassalam.

p/s  puasa kali nie ada blog. hek hek. 

Friday, July 15, 2011

Buku catatan amalan yang baru.



Assalammualaikum..



Selamat tengahari semua. Hari nie i nak kongsi sedikit dengan semua pembaca muslim mahupun bukan muslim. Seperti yang kita sedia maklum esok adalah hari yang paling mulia bagi umat Islam khususnya. Nisfu syaaban iaitu bersamaan dengan 15syaaban. 


Apabila bercakap pasal pengertian Nisfu Syaaban itu sendiri. Nisfu bermakna setengah bermakna Nisfu Syaaban adalah setengah bulan Syaaban


Afdalnya kita sebagai umat Islam akan amalkan bacaan Yassin sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib dan kemudian di tengah tengah bacaan kita akan selitkan beberapa doa.





Apa yang i nak kongsikan dengan korang hari ini ialah apabila menjelmanya Maghrib di hari Nisfu Syaaban maka bermulanya juga buku baru bagi catatan amalan kita yang baik mahupun tidak.


Buku catatan amalan kita yang lama akan dinaikkan ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. MasyaAllah. Maka perbanyakkan istighfar dan doa kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Subahanallah.




Apa yang i nak kongsikan ini moga dapat diambil sebagai nasihat dari seorang hamba Allah yang kudus. Wallahuallam. 


Wassalam.


Wednesday, July 13, 2011

Tadew Sebijik pum Bantal Busuk.

Assalammualaikum.



Selamat Pagi sekalian makhluk Tuhan. I tak bapew sehat tapi nak update gak bub bosan sebab asek merap dalam bilik nie sambil berselubung selimut dengan harapan batuk boleh sembuh kan. 


Bila golek golek sopan, tgk tepi dan kanan. Hampa. Tadew teman yang boleh tumbuk tumbuk dan peluk peluk pum. Jangan ada sikit kuman kat pikiran ouh. I'm talking about bantal busuk. =.=


Nabila Ariff memang tadew bantal busuk. Semuanya bantal yang besar gedabak mcm org tua suka guna. Kadang kadang Nabila Ariff tidow tak pakai bantal pum. Dasar pemalas nak mendapkan bantal bawah kepala kan. 


Apasal i tetiba cakap pasal bantal busuk bagai nie kan. Mungkin sebab rindu. Rindu pada bantal busuk berpeta yang semua negeri dah siap kecuali Sabah dan Sarawak. Tapi hilang dilesapkan emak. Mana boleh taksub sangat. Adalah nanti insan yang akan marah ouh!


Alaa sekarang i dah boleh tadew bantal busuk pum. Tayah pakai bantal pum bole. I'm an independent gurlz  okey hunny bunny makan mamee. Mula rasa mual tengok bantal busuk orang lain yang ntah bape bulan tak jemur kan. *dengki dalam iman.


Pastu pangai ta senonoh si kera pulak tuh. Gesek gesek hujung bantal tuh ngan hidung pastu cium. maaa aaai mawi pum sorok hidung yg tinggi kalau tengok kan. Apatah lagi Zizan Raja Lawak.


Kedekut pulak tuh bila orang nak pinjam bantal busuk dia buat lapik laptop. Macam nak pinjam baju raya jer gayanya kan. *i'm talking about who??


Adalah orang tua yang cakap ngn i kan. Sapew ada bantal busuk nie anak manja. Alaaa i tak ada pum manja apa. Pagi pagi mintak mak bubuhkan ubat gigi kat my brush ape. *dasar pemalas punya nab. 


Heran tak heran, i rasa mungkin bantal busuk nie ada sentimental value pada si pemiliknya kot. Sampaikan bila ugut nak buang pum sanggup naik basikal upah coki coki mintak jangan dibuang. 


Tapi tak kira usia pum, terpulanglah kat korang nak miliki bantal busuk atau tidak kan. Masing masing ada hak indu kan. ehhh  tak tak hak INDIVIDU. ingat nak shotcurt td. *maleh nak taip.


Baiklah saudara saudari perempuan dan lelaki. I nak habiskan cerita pasal bantal busuk nie. Busuk kejap kan entry kali nie. Alaaa bangun pagi, semua org busuk. Tapi ada satu gambar i nak kasi tgk, sebijik bantal busuk yang dah berkhidmat puluhan tahun. *muka jahat.



*tak busuk tapi hodoh.

Wassalam.


p/s  Arini telan dua bungkus nasi lemak. *tanak membazir.


Sunday, July 10, 2011

Moning yang tak berapa moning.

Assalammualaikum.


Hai semua readers. I engat nak tangguhkan dulu entry seram tuh ouh. Sebab nak cerita kat korang, benda yang berfaedah sikit. Nak kata faedah sampai boleh lulus exam tuh tak lah. Tapi boleh lepas lesen memandu tahap P lah. haha. *Mengarut.


Sebelum i cerita, minah yang sorang ni bff i tau. Dari sekolah menengah kami kawan. Ke sana sini memang dengan dia. Belajar di Kptm Ipoh dan amik kursus Multimedia. Comel dan manis orangnya. -.-

Tetiba ajer malam tuh rajin tangan nak taip mesej 'qat sayang jom joging esok, dah tak kurus nie'. Lepas tuh jawapan yang memberansangkan 'jom nab, tak kurus jugak nie'. Jadi semangat tuh dah datang.


Tetiba pulak boleh bangun lambat paginya tuh. Selalu bangun awal jer tau. :P (uhuk uhuk). Jadi terpaksa lewatkan sikit joging ini kan. Matahari cam dah naik nie qat. Alamak. Tapewlah kita jalan jom seround atau dua round. Dari tadew kan.


Bila dah macam bahang sangat panasnya, maka kami pum berhenti dari melakukan perkara yang sia sia. Dari gemok karang jadi hitam pulak kulitnya. Kan ker sia sia tuh. :P Sambil jeling jeling, keluarkanlah kamera. Dah bawa kan. Snap snap snap. 



padang bandaran teluk intan yang luas. :P




*kasut sukan hilang. :)




*kira semut yang berjalan.



*ko sentiasa nak pose comel. :)



*tak dapat g bolywood. jadi camni.




*ada nilai seni katanya qatrunnada. :)





*alolorh comel. :)



Memang nampak macam tujuan nak joging nie hanya untuk bergambar. Tapi dah suratan atau kebetulan kan. Cuaca agak panas dan terpaksa berhentikan sebarang aktiviti yang boleh mengundang penyakit nanti. uhuk uhuk. batuk tetiba. -.-


Apapum, sangat enjoy hari itu. Cuaca pum menarik. Jarang sangat dapat tengok matahari terbit nie. Semenjak dua menjak dah menganggur. Tak paham?? Tepuk dada tanya iman okey. haha.


Lepas dah bergambar, ehh maksud i lepas dah selesai BERSENAM. Perut macam rasa lapar kan. Singgah sekejap Kedai Pak Andak. Mee rebus dia memang nyaman tau.

Nyaman tuh maknanya terbaik wok!. Tapi macam turun sekilo naik dua kilo kan. Apakan daya manusia biasa yang sering lapar. -.-

Dah habis cerita. Masyeh qat temankan i yang memang selalu ajak ko keluar. haha. Sayang ko lah. :)



*rasa sayang ehhh rasa sayang sayang ehh..:)




p/s    kasih sayang takkan datang bergolek.



Thursday, July 7, 2011

Lama Tak Update kan.

Assalammualaikum.


Rasanya dah lama i tak mengupdate blog kesayangan ini. *kesayangan lah sangat kan. Sebenarnya bila dah balik kampung nie, ada saja kerja yang tak tentu arah nak buat. Panjat pokok, tebang pokok, bercucuk tanam. Tapi dalam mimpilah maksudnya tuh. hua hua hua.


Bukan kata dah tak berminat nak berbelog. Minat sangat tau. I minat tak separuh jalan. Separuh masak adalah. Cuma tak ada topik yang berfaedah nak i kongsikan dengan korang. Memandangkan diri sendiri yang masih menganggur dan tadew masa depan cerah ag nie. Jadi tadew cerita yang indah pum.


Kalau ada pum cerita seram. haaa.. Jangan kerut kerut dahi. Betol betol nie. Banyak cerita seram jer nie yang i boleh kongsi. Tapi tanak lah nanti kata blog seram ke apa. haha. Tapew tapew sekarang nie nak dekat malam. I tak berani sangat nak cerita. haha. Lah mana ada i tipu. Betol betol nie.


I nak kabo kat korang lah kan. Bila dah duduk kat rumah emak ngan abah. Rutin harian pum dah macam makcik makcik. Pergi kenduri bagai, mesyuarat rukun tetanggalah. Amik anak. Ehh terperasan jap. Amik anak sedara dari kelas. Pastu ehh mak cakap anak si Bidin nak sunat. Jom jengah. Heretlah kaki menjengah.


Bukan itu sahaja, ada jugak cerita seram yang datang menjengah telinga ini. hum hum sath hain rasanya. Maksudnya seram seluruh badan. *dah pandai industan. Tapi bila mak kasi, i ceritakan tau. Okeylah nak melantak apam balik abah beli nie. Jumpa lagi. Sayang korang.


Wassalam.


p/s Doa doakanlah i rajin nak update. *berat tulang sekarang nie.