Friday, July 15, 2011

Buku catatan amalan yang baru.



Assalammualaikum..



Selamat tengahari semua. Hari nie i nak kongsi sedikit dengan semua pembaca muslim mahupun bukan muslim. Seperti yang kita sedia maklum esok adalah hari yang paling mulia bagi umat Islam khususnya. Nisfu syaaban iaitu bersamaan dengan 15syaaban. 


Apabila bercakap pasal pengertian Nisfu Syaaban itu sendiri. Nisfu bermakna setengah bermakna Nisfu Syaaban adalah setengah bulan Syaaban


Afdalnya kita sebagai umat Islam akan amalkan bacaan Yassin sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib dan kemudian di tengah tengah bacaan kita akan selitkan beberapa doa.





Apa yang i nak kongsikan dengan korang hari ini ialah apabila menjelmanya Maghrib di hari Nisfu Syaaban maka bermulanya juga buku baru bagi catatan amalan kita yang baik mahupun tidak.


Buku catatan amalan kita yang lama akan dinaikkan ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. MasyaAllah. Maka perbanyakkan istighfar dan doa kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Subahanallah.




Apa yang i nak kongsikan ini moga dapat diambil sebagai nasihat dari seorang hamba Allah yang kudus. Wallahuallam. 


Wassalam.


No comments: