Thursday, July 7, 2011

Lama Tak Update kan.

Assalammualaikum.


Rasanya dah lama i tak mengupdate blog kesayangan ini. *kesayangan lah sangat kan. Sebenarnya bila dah balik kampung nie, ada saja kerja yang tak tentu arah nak buat. Panjat pokok, tebang pokok, bercucuk tanam. Tapi dalam mimpilah maksudnya tuh. hua hua hua.


Bukan kata dah tak berminat nak berbelog. Minat sangat tau. I minat tak separuh jalan. Separuh masak adalah. Cuma tak ada topik yang berfaedah nak i kongsikan dengan korang. Memandangkan diri sendiri yang masih menganggur dan tadew masa depan cerah ag nie. Jadi tadew cerita yang indah pum.


Kalau ada pum cerita seram. haaa.. Jangan kerut kerut dahi. Betol betol nie. Banyak cerita seram jer nie yang i boleh kongsi. Tapi tanak lah nanti kata blog seram ke apa. haha. Tapew tapew sekarang nie nak dekat malam. I tak berani sangat nak cerita. haha. Lah mana ada i tipu. Betol betol nie.


I nak kabo kat korang lah kan. Bila dah duduk kat rumah emak ngan abah. Rutin harian pum dah macam makcik makcik. Pergi kenduri bagai, mesyuarat rukun tetanggalah. Amik anak. Ehh terperasan jap. Amik anak sedara dari kelas. Pastu ehh mak cakap anak si Bidin nak sunat. Jom jengah. Heretlah kaki menjengah.


Bukan itu sahaja, ada jugak cerita seram yang datang menjengah telinga ini. hum hum sath hain rasanya. Maksudnya seram seluruh badan. *dah pandai industan. Tapi bila mak kasi, i ceritakan tau. Okeylah nak melantak apam balik abah beli nie. Jumpa lagi. Sayang korang.


Wassalam.


p/s Doa doakanlah i rajin nak update. *berat tulang sekarang nie.

No comments: