Friday, February 24, 2012

Kali Pertama : Rumah Nur Hikmah, Kajang.

Assalammualaikum.


Hye kawan kawan. Alangkah indahnya arini dapat menaip blogger.com nie sambil otak dok pikir nak update apa. *ertinya ada masa nak melaghaa laghaa lah kan.

Bukanlah nak kembangkan hidung berlagak dan berkata bznyaaa i nie. Tapi itulah fakta! sebuk sangat nak uruskan anak anak dan cucu cucu yg menimbun. Ini pun curik masa taip laju laju sampai haus jari i. *tipu.

Baiklah, i tanak buang masa korang dengan mukadimah yg byk mencarut. Entry kali nie i nak kongsi dengan korang satu program yang i baru jer join minggu lepas di bawah kelolaan kampus i. Program ni lebih kurang mcm kerja amal laaa. Melawat Rumah Anak Anak Yatim Nur Hikmah di Kajang, Selangor. Sape yg tawu bole angkat tangan. ^__^

Mula mula rasa teruja macam nak hentak hentak kepala kat dinding sebab tak pernah lagi i join program amal mcm nie kan. Selalu tengok dalam tv jer pum. Contoh mcm Bersamamu Tv3 tuh, teringin laa jugakk dlm hati nak join. Merasaa laa jugak kan di usia ratusan tahun cam nie.

Berbalik pd acara tuh, i bertolak awal awal pagi lagi dalam pukul 7.30. Walaupun i di antara orang yang lambat turun kat bawah lobi asrama tue tapi semestinya diorang takkan tinggalkan i keranaaa PENGOREK LONGKANG ada kat i. haaaaaaa. HAHA. Sebenarnya kami kesana nak gotong royong bersihkan sekali rumah anak anak yatim tuh sambil menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan dari warga kampus.

Bila dah sampai disana banyak anak anak kecil yang datang sambil peluk peluk akak akak dan abang abang yang kacak dan cantik semua nie. :P Seronok benar rasanya mereka bila ada yang datang pagi pagi dengan membawa cekelat dan cekedis utk mereka. Terasa bersyukurnya kita sebab masih lagi dibawah jagaan ibu dan ayah. T__T

Selepas selesai bekpes, gotong royong bermula bersama dengan anak anak yatim Nur Hikmah. Kalau korang nak tawu diorang nie mmg rajin rajin belaka. Anak kecil perempuan yang baru je umur 4 taun dah pandai nk pegang penyapu tau. Kalau kita time tuh, lap hingus pun mak yang buattt.

Memang hebat tau anak anak kecil nie semua tau. Ehhh dari i banyak bercakap baik i tempek gambar jer kan kasi tunjuk bukti kat korang.





*dimulakan dgn gambar anak anak nur hikmah yg cecomel.



*makanan diedarkan kpd anak anak.



*antara aktiviti gotong royong kami.


*yg pegang penyapu tuh eksyen aje. haha.



*rajin sungguh akak limah kita. :)




*anak anak Nur Hikmah yang bakal jadi doktor, cikgu, peguam. insyaallah.



*suka bergambar anak anak mak nie semuaa tau. haha. :P



*Cekedis cekedis sape nakkkk??? kalau tak akak amikkk. :P




*menari nari dan bergolek golek bersama anak anak Nur Hikmah.



*antara sumbangan dari warga kampus.



*Penghargaan diberi kepada penjaga rumah Nur Hikmah.



*Sumbangan peralatan rumah.



*warga kampus yang bertungkus lumus menjayakan program.



Jadinya amek iktibar ini sama sama, bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila kita rasa kita susa dan tak berdaya ada lagi insan lain yang lebih susa dan tak berdaya dari kita. Dongak ke langit kiri dan kanan dan lihatlah bumi Allah yang luas ini, bersyukurlah bersyukurlah dan bersyukurlah.






Terima kasih Rumah Anak Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang sbb bagi kami semua dapat rasa kegembiraan dan keceriaan bersama sama. Sayangggg korangg. muahh. ^_^


Wassalam. 

3 comments:

Si Kechik said...

aktiviti nie sempena apa??

Nabila Ariff said...

ouhh. commitee service under kampus. :)

Unknown said...

sekeping jer gmbar aku.. kedekut..