Thursday, June 9, 2011

Pak Cik Keikhlasan



Assalamualaikum..




Hai semua.. apa khabar?? Rajin lak i nak update nie. Yelah, lepas dah bersihkan sawang rasa bersih lak kan. Tuh yang nak bertapak lagi nie..:P Baiklah sekarang nie musim hujan kan. Yelorhh tiap petang menyidai jemuran pastu hegeh hegeh nak angkat sebab hujan. kan? kan? Tapi nama pum hujan, sesuatu yang turun atas arahan Dia. Maka kita yang kat bawah nie kena terima dan  ngadap pemberian dan rahmat yang diberi. Alaa rilekss laa itu cuma selingan dan nasehat dari orang tua nie. hehe..:P sekadar mukadimah dan bebelan.









Baiklah sedara sedari yang i sayang.. Wahh sayang gitu kan. Yelah komer dah susah payah kan menaip nabilaariff.blogspot.com, mana lah i tak sayang... haih.. nabila ariff lain macam jer nie. sayang ada makna nie. ikhlas ker?? haaa... kena lah tuh dengan topik yang memang i nak bicarakan serta kongsikan dengan komer semua nie kan. Tapi kejap kejap i nak betulkan keadaan, i ikhlas lah sayang komer. Janji!!..:)




Sebenarnya banyak benda yang kita buat hari ini memerlukan keikhlasan. Menolong makcik yang mengendong dan mengheret banyak barang melintas jalan memerlukan keikhlasan, membantu mak menyiapkan makan malam memerlukan keikhlasan, membaca dan mengerodeh blog nabila ariff juga memerlukan keikhlasan tau. Jadi apa benda yang kita buat tak mintak "pakcik keikhlasan" nie. Takdew kan? sumernya nak keikhlasan yang datang dari dalam hati dan sanubari kita. Tetapi sedar tak kita kadang kadang terpaksa berpura pura ikhlaskan hati bila berhadapan dengan situasi yang tak nak sebenarnya tapi kena kata nak jugak.




Kenapa mesti ada rasa begitu?? Ini adalah kerana kita sentiasa mengharapkan ganjaran dalam apa yang kita buat. Bagi kita biar di mata masyarakat kita dipandang mulia dengan budi baik kita terhadap orang ramai walaupun hati kita tak pernah ada rasa ikhlas melakukannya. Baik ker kita kalau macam itu? Sedih.. memang amat amat sedih bila kita sedar apa yang kita buat ini hanya akan menyebabkan kehidupan kita dipelopori oleh kepura-puraan atau bahasa yang lebih difahami "HIPOKRIT".. Larat ker kita asyik kena tadah senyum di wajah sedangkan hati kita menempelkan wajah hati yang masam dan tidak ikhlas langsung. I rasa ramai yang setuju kalau i kata ramai sebenarnya insan HIPOKRIT di sekeliling kita. Mungkin termasuk diri ini siapalah tahu kan. Takkan kita nak menabik dada kata "ehhh ner ada i hipokrit". Pencuri takkan kata dia yang mencuri, pembunuh takkan ngaku dia yang bunuh dan si anak derhaka takkan tempel nota di dahinya dan kata " I Anak Derhaka". 





Kalau i nak terangkan dengan lagi jelas dan terang pasal keikhlasan nie pum buat bising jer tangan i menaip keyboard nie haa. Yelah semua orang dah tawu pum kan. Pakcik Keikhlasan tuh wujud dan sahih. Kepentingan dia amatlah hendak dan perlu serta tak boleh dinafikan lagi. Terutamanya dalam berkawan, haiyaa takkan kita boleh berkawan tak ikhlas. Muka senyum cakap "elena..ko comel la".. padahal hati kata "dengor ler elena i cakap tuh..tak ikhlas ko tau ker??.".. haa..contoh lah kan. Bila kita tak ikhlas dalam berkawan, semuanya akan terpancar di wajah kita. Orang kata "wajah kita rahsia kita". Jadi bila hati dah sumpah seranah  tak ikhlas maka akan terpancarlah di wajah kita ketidakikhlasan itu. I gerenti punya.




Dalam bercinta dan berkasih pum perlukan keikhlasan gak. Bila kita nak keluar dating lah kan. Kemudian si teman lelaki berkata "Takpelah u hari nie i belanja".. Sedangkan dalam hati "Ishh hari hari macam nie lingkup i ouh".. haha. Haa terasa terasa.. Tapi memang ianya selalu berlaku dan ada berlaku pada anda kan kan. Kalau sekali dua kali tak ikhlas bole diterima lagi tapi kalau hari hari cam tuh.. LARAT?? Hari hari nak kena pakai topeng HIPOKRIT di wajah yang hensem dan cantik itu. Haiyaa ini memang benar benar masalah besar OOoooo si Tijah!! 









Begitu juga bila kita berhadapan dengan keluarga kita sendiri. Mak.. Abah.. Abang.. Akak.. Adik.. dan semuanya lahhh. Juga mintak pakcik keikhlasan nak datang tau. Membantu ayah basuh kereta kena ikhlas, tolong mak kemas katil sendiri kena ikhlas.. Ehh kejap kemas katil sendiri pum dikira tolong mak yer.. hahaha.. Bantaikan :P Jadi apa apa pum yang kita buat kat rumah kena ikhlas lah kan. Sayang mak pum kena ikhlas. Pendek cerita semualah.. semua semua semua..:)




Tetapi tak semua yang kita buat tuh tak ikhlas. Jangan salah paham dengan ayat dan nada i dari awal. Nampak cam nak marah ajer kan. Hehe. I ikhlas tau nak komer pikir dan renungkan perkara nie. Nampak tuh. "ikhlas tau" ..hehe. Kadang kadang kita tak perasan keikhlasan hati kita memberi dan membantu sesuatu. Ianya akan kita rasakan di dalam lubuk hati dan sanubari kita sendiri. Kalau rasa bahagia dan tenang bila dah memberi sesuatu maka jelas disitu pakcik keikhlasan ada datang ziarah. Kalau rasa tak tenang dan tak bahagia pum.. umm alamatnyer pak cik keikhlasan dah sesat dan tak tau hilang entah kemana. 





Akhir entry, apa yang kita beri jangan pernah terlintas untuk mintak ganjaran dan balasan. Sesuatu yang baik pasti ada balasan yang memang telah dijanjikan tetapi jangan pernah mengharapkannya. Okey lah, i pum tatau sebab musabab i publish entry Pakcik Keikhlasan nie. Cuma semalam i sedar, ramai yang tak perasan kepentingan perkara ini walhal ianya penting. Semuanya bermula dengan hati. :)




Wassalam...


4 comments:

leyadarlybutterfly said...

btol 2.. buat biar kasi ikhlas.. kalo dating muke xikhlas, tp ble kate nk blnje mkn, tros jd ikhlas.. haha:P

Nabila Ariff said...

Takutnyer.. nanti nyinga baca.. :P

Bella Ayub said...

jap jap.. ni ke lagu ashiterunyer??

geliiiii i.. hahaha.. yer nab.. kite kena ikhlas nab..wlu apa jua keadaan..i setuju!!

Nabila Ariff said...

HEHEHE.. ko gewli ker nak bluetooth.:P